Pilihlah Pemimpin Yang Jelas, Ikut Pusingan Roda Islam

1114

KUALA NERUS – Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Nerus Cikgu M.Shukrimun Shamsuddin mengingatkan PAS adalah sebuah parti Islam yang mengamalkan ajarannya secara syumul.

Beliau berkata pemilihan kepimpinan dalam Islam adalah sangat pentingsebagaimana yang ditunjukkan dalam sirah Rasulullah dan para sahabat.

Menurutnya, PAS yang juga sebuah parti politik yang berdaftar menurut perlembagaan persekutuan, mensyaratkan IA mempunyai perlembagaan sebagai sebuah organisasi.

mujahidah 2 knaNamun, katanya, perlembagaan PAS itu adalah satu syarat dan bukanlah satu kemestian kerana PAS perlu mengikut kaedah Islam sebenar termasuk dalam pemilihan kepimpinan

“bila kita masuk politik kena berdaftar dengan ROS (pendaftar pertubuhan) ada perlembagaan (parti) untuk pendaftaran, (tetapi) kita ada islam, ikut cara islam dulu,

“tetapi bila pemilihan kita perlu ikut cara Islam, pilihlah orang yang jelas Islamnya dan jelas perjuangannya,”tegasnya

Belau berkata demikian ketika brucap merasmikan program himpunan mujahidah kuala nerus kali ke-2 yang diadakan di Pusat Tarbiah Kuala Nerus, di Batu Enam dekat sini semalam, Sabtu 9 November .

Katanya, Islam yang dinamik dan progresif itu bukan mengenepikan prisip-prinsip Islam dan mengambil sesuatu pemikiran dari luar Islam.

“islam kena dinamik, islam kena kreatif, islam kena progresif (tetapi) tidak boleh mengorbankan prinsip islam,

“Islam kena bergerak dan tdak boleh statik, betullah……………. tetapi mestilah ikut roda pusingan Islam……jangan naik roda lain,”jelasnya.

mujahidah 2 knSeramai 700 orang peserta dari kalangan pemimpin dan penggerak muslimat kawasan Kuala Nerus hadir pada program Himpunan Mujahiidah Kali Ke-2 yang mensasarkan objektif meningkatkan ukhuwah serta kesepaduan dalam pemikiran.

Disamping itu, Ketua Muslimat PAS Kuala Nerus, Hajah Jamilah Jusoh berkata, program tersebut adalah untuk mengumpul dana bagi mempercepatkan pembinaan Pusat tarniah Kuala Nerus.

Beliau berharap, Pusat Tarbiah dapat disiapkan secepat mungkin bagi melicinkan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran PAS Kuala Nerus.

ia menjadi suatu keutamaan pada masakini bagi menghadapi pilihanraya umum kali ke-14 akan datang, selepas tiga DUN dan satu Kawasan Parlimen dimenangi pada pilihanraya umum kali ke-13 Mei lalu.