Terengganu, Malaysia

Bertongkat Masih Mampu Berjuang, Veteran PAS Tidak Kenal Istilah Bersara

Bertongkat Masih Mampu Berjuang, Veteran PAS Tidak Kenal Istilah Bersara

Oleh ; Mohd Norriduan

DUNGUN – Keterbatasan usia dan fizikal bukan alasan untuk golongan veteran PAS berhenti menyumbang kepada perjuangan Islam, sebaliknya pengalaman serta pemikiran mereka terus diperlukan dalam membina kekuatan parti.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Haji Husin Awang berkata, golongan As-Sabiqun masih mempunyai peranan besar dalam memastikan kesinambungan perjuangan Islam, meskipun tidak lagi memiliki kekuatan fizikal seperti ketika usia muda.

“Bertongkat masih mampu merangkul dan berkerusi roda masih mampu menjulang pemikiran perjuangan,” jelasnya.

Bertongkat Masih Mampu Berjuang, Veteran PAS Tidak Kenal Istilah Bersara

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pengisian dalam Program Dialog As-Sabiqun: Teguh Memimpin Terengganu 2.0 di Arena Square, di sini.

Menurutnya, golongan veteran bukan sekadar penyimpan sejarah perjuangan, malah perlu menjadi pembimbing kepada generasi muda melalui perkongsian pengalaman, nasihat dan pengukuhan ukhuwah.

Katanya, kekuatan parti hari ini tidak terhasil dengan mudah, sebaliknya dibina melalui pengorbanan ulama serta pejuang terdahulu yang sanggup berdepan pelbagai cabaran demi mendaulatkan agama Allah.

Sehubungan itu, Dewan As-Sabiqun perlu terus memainkan peranan sebagai penghubung antara generasi lama dan baharu bagi memastikan perjuangan Islam tidak terputus ditelan zaman.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan