Oleh : Wan Abdul Hadi
KEMAMAN, 1 Jun – Petugas disebalik tabir dirai dalam majlis berbuka puasa anjuran PAS Kawasan Kemaman semalam.
Majlis yang diadakan di Darul Iman Terengganu Centre (DITC) itu dihadiri oleh seramai sepuluh orang petugas bersama keluarga mereka.
“Orang ramai tidak mengenali mereka ini melainkan pimpinan utama parti”, berkata Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman Yang Berhormat Ustaz Che Alias Hamid dalam ucapan ringkas dimajlis tersebut.
Turut hadir Setiausaha PAS Kawasan Kemaman Mohd Hafiz Adam, Bendahari PAS Kawasan Hj. Johan Ismail, Ahli Majlis Perbandaran Kemaman Hj. Tahir Ros.
Majlis diadakan sempena perayaan Aildilfitri yang akan tiba tidak lama lagi disamping merapatkan jalinan kasih sesama keluarga pekerja pejabat PAS Kawasan Kemaman dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarkat Parlimen Kemaman.
Turut diraikan ialah anak anak petugas dengan pemberian duit raya oleh Yang Berhormat Ustaz Che Alias Hamid.