Perwakilan Umno Dilarang Sentuh Isu FGVH

737
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita10/jangan%20sentuh%20fgvh.jpg

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu (Anak Terengganu) Shalahuddin Jaafar berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada beliau oleh salah seorang perwakilan.

“Salah seorang (perwakilan) telah memaklumkan pagi tadi kepada saya, sebelum ini dia banyak rujuk isu FGVH daripada kita sebab Umno pun yakin isu ini bakal mempengaruhi rakyat,

“beliau memberitahu mereka (perwakilan) telah diberi taklimat secara lisan oleh Datuk Ahmad Maslan……taklimat tertutup tanpa sebarang gajet dibenarkan di bawa masuk,”ujar Shalahuddin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Solah.

Beliau berkata, tindakan Ahmad Maslan ‘menutup mulut’ ahli-ahli Umno membuktikan demokrasi telah mati dalam parti itu, tetapi yang ada hanyalah ucapan mengampu kepada pemimpin dan ‘caci maki’kepada Pakatan Rakyat.

https://lh4.googleusercontent.com/-7Q8U8LmDkVI/T0pTjqdTEHI/AAAAAAAAB08/-_vuvaJ00D0/s640/solah.jpgKatanya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan rasa tidak senang dikalangan para perwakilan terutamanya warga Felda.

Beliau berkata, pemilik saham Felda itu telah mula menanggung kerugian apabila harga saham berada pada kadar RM4.78, dan nilai masakini adalah satu nilai yang amat kritikal.

“saham gergasi perladangan FGVH diniagakan dengan nilai RM 4.58 permulaan urusniaga dibuka pagi ini, naik sedikit setelah turun dibawah paras harga penyenaraiannya RM4.55 pada 13 November lalu,

“warga Felda mahu penjelasan pemimpin tetapi jelas, dalam Umno demokrasi telah mati, apa yang ada dalam perhimpunan Umno hanyalah ucapan-ucapan mengampu pemimpin sendiri dan mencaci serta menghina pemimpin Pakatan Rakyat,”jelasnya.

Sehubungan itu, Cikgu Solah berkata, Anak Terengganu akan melanjutkan program ‘Kembara Oren’ ke Negeri Terengganu bagi mendedahkan fakta sebenarnya berhubung Felda.

‘Konvoi’ program tersebut, katanya, akan menjelajah ke kawasan-kawasan parlimen yang terdapat rancangan tanah Felda di Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.