Seorang warga emas yang ditemui berkata, mereka juga hidup dalam keadaaan ketiadaan tempat tinggal dan perubatan, selepas tercetusnya keganasan antara perusuh Rakhine dan penduduk Rohingya.
“Kebanyakan kampung-kampung dibakar dalam rusuhan dan tiada rumah untuk kita tinggal, Kami telah mengalami kebuluran dan kekurangan rawatan perubatan dan lain-lain,
“Terdapat lebih daripada 3,000 orang penduduk di kampung, Kami tidak diberi kebenaran untuk pergi ke kampung-kampung lain”,katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.
Beliau berkata, penduduk yang ingin bergerak walaupun pergi ke pasar terdekat mesti meminta dan mendapat kebenaran dari pihak tentera Maynmar.
Seorang petani Rohingya yang juga tidak mahu namanya disiarkan berkata, beliau tidak dapat menanam padi kerana sekatan pergerakan dan takut ditangkap oleh pasukan keselamatan Myanmar.
Oleh itu, menurutnya, seluruh peduduk menghadapi kekurangan besar yang meruncing masa kini.
Beliau juga berkata, penduduk kampung terbabit hanya makan makan sekali, tetapi tidak mempunyai makanan untuk di makan untuk hari berikutnya.
“Apabila kanak-kanak menangis untuk makanan, kita memberi mereka makan selepas memasak batang pisang.”ujarnya.
Sesetengah kampung di sekitar kawasan yang terjejas telah mendapat bantuan makanan seperti kampung Anauk Pyin, Mozai Diya, kampung Tharat Pyin, Tha Oo Pyin kampung, Pryin Chaung, dan Kudish Chaung, semuanya berhampiran bandar Rathedaung.
Menurut sumber, kehidupan pelarian di bandar Maungdaw juga tidak jauh berbeza atau pelarian di perbandaran lain yang turut mengalami kekurangan makanan, tempat tinggal, perubatan, dan air bersih kerana ketiadaan NGO dan sokongan daripada organisasi lain.
Pelarian di Maungdaw telah mengambil perlindungan di beberapa kampung-kampung berdekatan di mana mereka boleh mendapatkan makanan dan tempat tinggal.
Walau bagaimanapun, kesuluruhan kampung-kampung Rohingya dalam wilayah Rakhine menghadapi kekurangan makanan yang telah mengakibatkan ramai kanak-kanak dan orang tua sakit, dan meninggal dunia kerana kekurangan penjagaan kesihatan dan bekalan makanan – Kaladan News