Oleh : Noreni Abu Bakar
KUALA NERUS- Walau sehebat mana strategi dan perancangan yang dibuat, tetapi kalau tanpa pertolongan Allah PAS tidak akan menang.
Ingatan tersebut disuarakan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Noor Azariza Mohd. Alawi ketika wawancara HARAP TV sempena Fastaqim 2.0 yang diadakan di Tok Jembal di sini pada petang, 30.September, kelmarin.
Justeru itu, katanya, Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan bersama Dewan Ulama PAS Kelantan telah mengadakan Munajat 40 yang melibatkan semua peringkat kawasan, DUN-DUN dan cawangan-cawangan yang tidak ketinggalan disertai oleh pemuda-pemuda.
“Munajat ini tidak putus, setiap malam ada, malam ni DUN mana, malam ni DUN mana, negeri melalui PAS Kawasan-kawasan 14 malam, DUN, 45 DUN, turun ke UPU-UPU.
Menurutnya lagi, selain itu, usrah-usrah juga diadakan menerusi Madrasah Hiraki Ustaz Yahya Osman yang dinaqibkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ustaz Mohd Asri Mat Daud dan telah masuk buku yang kelima dikhatamkan.
Beliau turut memuji kehadiran orang-orang muda yang amat menggalakkan di Fastaqim 2.0 tanpa mengira kepayahan dan kekurangan.
“Ada tu saya jumpa datang dari negeri lain, naik motorsikal. motorsikal tu kalau baru tak apa, ni cukup-cukup uzur, tetapi tetap bersemangat untuk hadir “ cerita beliau penuh terharu