Penyertaan Wanita Muda ‘Luar Biasa’

1616

Oleh : Zainun M

KUALA NERUS – Sambutan luar biasa golongan ‘wanita muda’ pada program Karnival Dakwah Kawasan Kuala Nerus, adalah diluar jangkaan.

Ketua Ameerah Kuala Nerus Khairunnajjah Mohd berkata, ia memaksa penganjur menutup penyertaan lebih awal.

“kita dapat menyaksikan kebangkitan wanita muda, tanpa disangka setiap acara (anjuran) Muslimat dan Ameerah mendapat sambutan luar jangkaan,

“sehingga terpaksa kita tutup awal pengambilan peserta semua acara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Karnival Dakwah itu, yang berakhir pada Sabtu malam, 3 Februari.

Sebagai contoh, kata beliau, bagi ‘Acara Bayi Cergas’, begitu ramai ibu muda bersama bayi mereka menyertai pertandingan tersebut.

Begitu juga dalam program ‘Langkah Dakwah 10K, mereka bersama muda bersama keluarga berpusu-pusu, melangkah bersama pemimpin, sebagai tanda sokongann.

Oleh itu, beliau yakin, perkembangan baik tersebut akan berterusan sehingga pilihan raya umum kali ke-14 (PRU14) akan datang.

“insyaAllah kebangkitan ini akan berterusan untuk menghadapi PRU14,” tambah beliau.

Sehubungan itu, Naib Ketua Muslimat PAS Terengganu, Ustazah Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, lebih 1000 orang menyertai ‘Langkah Dakwah 10K’ yang berlangsung pada pagi Sabtu.

Menurutnya, aktiviti itu menghimpun lebih kurang seribu orang perserta yang komited melangkah bersama pemimpin, membayangkan lebih 1000 petugas sudah bersiap siaga.

“aktiviti berjalan sepuluh ribu langkah ini, tujuan melatih mesyarakat dengan aktiviti sihat dan cergas untuk mengekalkan kesihatan badan juga mengeratkan silaturrahim,

“ukhuwah diantara pemimpin dengan semua lapisan masyarakat, sudah bersedia menghadapi PRU14,” jelas beliau, yang juga isteri kepada ADUN Teluk Pasu, selaku tuan rumah program

Manakala Ketua Penerangan Muslimat Kuala Nerus Hajah Fadilah Muhamad bersyukur kerana program ‘mega’ tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya.

“walaupun PAS belum lagi menjadi kerajaan tapi kita boleh mengatur program yang berbentuk ‘mega’ dan mampu menyajikan pengisian terbaik kepaa masyarakat,

“serta menyediakan berbagai hadiah menarik dalam acara perlabagai acara,” katanya.