DUNGUN – Kerajaan Umno Dan Barisan Nasional (BN) digesa memperkemaskan dan memulihkan susun atur premis perniagaan ‘Pasar Komuniti’ di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dekat Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS).
Ia adalah sangat penting, kata Haji Ghazali Sulaiman, bagi memberikan ‘nafas baru’ kepada para peniaga supaya lebih berdaya maju.
Menurut Pengerusi Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Bukit Besi itu, keadaan pasar tersebut yang tidak bermaya pasar kini, menyebabkan mereka menanggung kerugian.
Bahkan katanya, ia memberikan imej buruk kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang bertanggungjawab mengurus tadbir kawasan terbabit.


”Harapan kita supaya dibangunkan balik oleh KETERNGAH ini dan paling kurang bagi peluang kepada penjual untuk berniaga di pasar Komuniti RTC,” katanya
Seorang peniaga kedai makan, Fauziah Binti Setapa berpendapat, lokasi pasar itu tidak strategik yang kata beliau, sepatutnya ia dibina menghadap ke arah jalan utama.
Ia menyebabkan, kata beliau, orang ramai tidak mengetahui kewujudan pasar tersebut.
“Dah kita orang baru orang tak kenal…….kadang-kadang sekitar orang sini pun tak tahu ada kedai makan sini,
”dah tiga tahun dah berniaga disini….sepanjang tahun pertama dan kedua ok (baik), masuk tahun ketiga dan tahun ini memang jualan ‘down’ jatuh…..berat sangat-sangat,


“Sebab pasar kita di tengah-tengah…. jadi di sekelilingkita semua ada kedai makan kedai nasi,” ujar beliau.
Menurutnya, kekurangan pelanggan yang datang untukmembeli ikan da sayur menyababkan kedai makannya ‘menerima tempias’ tidak dikunjungi orang ramai.
Oleh itu, beliau mencadangkan agar kedai-kedai lain yang berada dimerata tempat berhampiran kompleks tersebut ditutup dan dipindahkan ke kawasan itu.
Beliau merungut kerana perniagaan tidak mendapat untung, menyebabkan duit simpanannya habis kerana terpaksa dijadikan modal pusingan.


Manakala seorang peniaga lain yang ditemui berkata, cara untuk memajukan lagi pasar itu ialah pihak KETENGAH berbincang dengan semua peniaga di bandar AMBS.
Rosli Ahmad berkata, para peniaga hendaklah berniaga di Pasar Borong itu dan semua premis yang tidak sah perlu ditutup.
“Sekarang ini tiada guna kalau sekiranya buat ‘event’ tetapi pelanggan tak ada……nak jual harga murah ikut pandailah tetapi mari duduk sini setempat,


“Dan sekarang ini untuk sebulan dua ini memang berat…..kalau berat (nak) naik turun semula,” tambahnya kesal.
Menurut catatan lawan sesawang KETENGAH, Pasar Komuniti RTC Terengganu kini beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2014 dan Ianya mula beroperasi seawal jam tiga Pagi hingga pukul satu petang.
Pasar komuniti ini memberi perkhidmatan kepada penduduk setempat yang mana menjadi pusat pengumpulan daging, ayam, ikan dan sayur-sayuran serta produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan.
Pusat pengumpulan itu nanti akan menjadi satu hab perniagaan penting yang dapat memberi keselesaan dan kemudahan untuk transaksi bahan-bahan mentah, sayur segar serta produk IKS kepada penduduk.






























