Beliau yang turun selaku Menteri Besar kerajaan, diiringi oleh para pegawai termasuk Pengarah Tanah dan Galian, Dato’ Abdul Razak dan Dato’ Bandar Kuala Terengganu.
Namun tidak ada syiar kerajaan yang dipaparkan, sebaliknya berkibar sehelai bendera Umno di sisi pentas utama.
Tujuan Ahmad menawarkan ‘rasuah’ adalah untuk meredakan ‘kemarahan’ penduduk di Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang terutama di Kampung Ladang Mengabang dan Ladang Tok Pelam.
Kedua-dua kampung berkenaan terlibat dengan pengambilan balik tanah oleh kerajaan bagi tujuan pembangunan dalam kawasan Bandaraya Kuala Terengganu.
Ahmad menaburkan ‘janji politik’ tanpa hitam-putih ‘bercakap sedap’ dihadapan rakyat, bahawa kerajaan tidak ada masalah untuk memberi sewa-beli bagi perumahan di Flat Ladang Gemilang.
Sedangkan, pada Persidangan Dewan Udangan Negeri (Dun) Terengganu Penggal Kedua yang baru selesai pada 23 hingga 25 Disember 2009, lalu kerajaan negeri belum bercadang ke arah itu.
Ketika itu, Ahmad menjawab soalan ADUN Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar
Namun begitu, apabila berhadapan dengan kemarahan rakyat yang mahukan penjelasan kerajaan negeri pada malam semalam, lain pula ceritanya.
Bahkan, beliau sedia memberi ‘subsidi atau rasuah politik’ kepada penduduk Ladang bernilai sama dengan harga sebuah kereta Proton Saga hari ini.
Beliau berkata dihadapan ratusan penduduk yang ‘tidak buta mata’ dan ‘tidak pekak telinga’, kerajaan sedia memberi subsidi potongan harga flat tersebut sebanyak RM30,000 atau sama harga dengan sebuah kereta Proton Saga.
Ia jelas satu rasuah apabila tawaran subsidi RM30k itu dengan syarat, rakyat mesti memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.
Sebab, kata beliau setiap pemberian itu ada pembalasan dan konsep keadilan itulah yang diguna-pakainya baru ‘ADIL’.
“Saya beri jaminan bahawa subsidi yang akan kita (kerajaan) beri harganya lebih dari sebuah harga Proton Saga. Tapi kita tidak beri lagi sekarang ini dan kita kena tengok juga pilihan raya ini.
“Biasalah, memberi dan menerima. Main hendak sahaja beri tidak…beratlah kita (BN). Beri subsidi RM30,000 pun maki semacam tidak ada makna.
“Bila cakap parti sama sahaja antara Umno, PAS, KeADILan dan DAP sama sahaja. Sebab, dia (parti) yang mendapat undi dari penyokong.
“Begitu juga, bila kita (kerajaan) bagi wang ehsan kata kita (BN) tidak adil. Orang Umno boleh, orang PAS tidak boleh…tidak adil. Apa itu adil?, Adil ertinya ‘memberi’ dan ‘menerima’.
“Kita (Umno) beri hendak undi tapi jika tidak beri undi kepada kita (BN) buat apa kita (kerajaan) beri kepada dia (rakyat).
“Saya ingat masa kecil lagu ibu kita ayun buai, “ayun buai kokek, kokek ulu golok…hok dia lokek, hok orang hendak”.
“Ini hak orang hendak belaka, dana hendak, bantuan hendak, beri atap hendak, rumah PPRT hendak, seluar sekolah hendak, baju sekolah hendak, itu hendak, ini hendak…hendak belaka. Tapi kepada kita (BN) satu undi pun tidak beri…pakah (undi) dok,” jelasnya pada pertemuan tersebut.
Ahmad berkali-kali memberi peringatan kepada rakyat supaya jangan mendengar ‘hasutan’ pihak lain yang sengaja memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Kerajaan sedia beri apa sahaja kepada rakyat tetapi rakyat mesti sokong dan beri undi kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) jika tidak segala subsidi dan kemudahan kerajaan akan diberikan kepada orang lain.
“Tapi ingatlah…. Ingatlah saya kata. Tolong itu tolong juga ‘orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa’ dan bukan kita (kerajaan) ajak pergi berperang.
“Saya tidak pernah ajak pergi ‘perang’ atau pergi ‘menebas’. Bila mari pilihan raya undilah Barisan Nasional (BN). Kereta orang (BN) mari ambil sampai ke tangga pun payah juga.
“Jadi saya mintalah sungguh-sungguh. Kita minta sungguh-sungguh berilah kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional,” ujarnya.
Manakala, di akhir pertemuan itu beliau menyatakan tidak kisah ‘apa orang kata’ kepada Menteri Besar (MB) yang sedang dipikulnya hari ini.
“Saya tak ‘dok’ (tidak) hal ‘nok’ (hendak) kata Menteri Besar ‘bengong’ pun tak dok hal. MB Dok cerdik ke…tak dok hal..dok cerdik ked ok cerdiklah, asal jadi Menteri Besar sudahlah.
“Itu saya katakan tadi subsidi harga sebuah Proton Saga, jika menang Dun Ladang ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ini lebih lagi dok tahu. Tapi kena menang dahululah jika hendak ‘murah’ (subsidi) lagi,” katanya.
>>Dengar Ucapan Ahmad Said di Buletinonline Radio>>