Masuk Tahun Ke tiga Umno Memerintah Dibawah Ahmad Said

656

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2010/01/detiklantik.jpgwalaupun setelah dua tahun Umno memerintah dibawah Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said

Kemelut berlanjutan pentadbiran kerajaan negeri itu telah menimbulkan pelbagai kesulitan kepada kira-kira 300 penduduk di dua buah kampung, di sini.

Pemilihan JKKK terbabit tidak selesai dikatakan berpunca dari perebutan kuasa yang berlaku di antara Ketua UMNO Cawangan Bukit Aman, Zakaria Salleh dengan ‘musuhnya’, penyandang jawatan Pengerusi JKKK Bukit Aman, Zakaria Ismail.(Gambar – Detik perlantikan Ahmad Mac, 2008)

Akibat perbalahan tersebut, penduduk setempat mendakwa, pelantikan JKKK Bukit Aman terpaksa ditangguhkan, sekali gus menyebabkan anak-anak qaryah berkenaan seperti ‘anak ayam kehilangan ibu’.

Segala urusan penduduk kampung Bukit Lawang dan Bukit Aman tergendala memandangkan tidak ada pihak yang memimpin kedua-dua kampung itu.

Mohamad Abdullah, 46, seorang penduduk Bukit Aman, berkata, penduduk mahu kepimpinan kampung yang berkesan segera diwujudkan dan pihak-pihak yang bertelagah, segera menyelesaikan isu yang menjadi pertikaian kedua belah pihak.

Mengulas isu yang sama, penduduk Bukit Lawang, Azmi Ismail, 35, menegaskan, campur tangan ‘kuasa politik berpuak’ adalah punca menyebabkan krisis ‘berebut jawatan’ dikampung itu berpanjangan.

Sehubungan itu, ketika ditanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Asha’ari Idris telah mengesahkan perkara tersebut, namun enggan mengulas lanjut,

“Saya tidak mahu komen dan serahkan kepada pihak atasan,”jelasnya ringkas.