Penduduk Luar Bandar Mendapat Perhatian

2535

SETIU – Nasib majoriti penduduk Setiu yang bekerja sebagai petani dan nelayan yang berada dalam lingkungan luar bandar akan mendapat perhatian yang sewajarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim berkata, terlalu banyak aset yang boleh dimanafaatkan berkaitan pertanian dan asas tani di daerah itu untuk masyarakatnya.

Katanya, banyak perkara telah dibincangkan bersama Pegawai Daerah untuk pembangunan di daerah ‘bongsu’ dalam negeri ini.

“kita telah berbincang terlalu banyak perkara dalam bidang pertanian dan asas tani untuk pembangunan daerah Setiu,

“yang kebetullan banyak aset untuk membawa Setiu yang lebih baik, Insha Allah,” ujarnya semasa merasmikan program Walimatulurus Perdana Peringkat Setiu di Dewan Serbaguna Sungai Tarom, Permaisuri pada Sabtu,30 Jun.

Menurutnya, seramai 12 pasangan telah diraikan dalam Karnival perkahwinan ini bagi menepati janji salah satu manifesto kerajaan negeri yang dijanjikan pada PRU ke 14 baru-baru ini.

“seramai 138 pasangan diraikan hari ini di seluruh negeri dan Insha Allah akan diadakan untuk kali ke dua pada November nanti dengan jumlah yang lebih ramai,” tegasnya.

Hadir sama memenuhi dewan ialah dari kalangan keluarga pengantin dan jemputan khas di majlis itu termasuk, Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir.

Turut hadir beberapa pegawai jabatan di Setiu,Penyelaras DUN Langkap dan Batu rakit saudara Azmi Maarof dan Ustaz Mohd Shafizi Ismail.