Oleh: Adli Mohamad
DUNGUN- Pemuda yang sejahtera merupakan aset yang begitu berharga dan bernilai bagi kemajuan sesebuah bandar dan luar bandar.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata acara sukan bola sepak yang diadakan adalah bertujuan untuk menzahirkan peranan J3K yang baru dilantik oleh kerajaan.
“Masyarakat akan dapat melihat bahawa pentadbiran yang dipimpin oleh kerajaan PAS yang baru bukan hanya menumpukan pada aktiviti surau dan masjid,
“akan tetapi turut meraikan minat pemuda yang sukakan aktiviti sukan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan merasmikan iadah tersebut, di Kampung Jerangau, di sini pada Jumaat, 27 Julai.


“Melahirkan pemuda yang sihat dan sejahtera dapat menterjemahan usaha kerajaan negeri kearah sebuah negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera,
“Pemuda yang sihat inilah yang akan membantu membina dan membangun negeri ini,” jelasnya.
Pertandingan yang manik penyertaan 25 pasukan di peringkat ‘qaryah’ itu turut dihadiri ialah Ketua Urusan Ulama DUN Bukit Besi, Ustaz Abdul Hadi Arifin.
Pogram yang bermula sejak pagi itu, berhenti pada waktu tengah hari bagi memberi ruang menunaikan solat Jumaat dan disambung lagi pada sebelah petang.
“Melihat kepada penyertaan yang begini ramai, akan datang kita akan membuat satu Pertandingan Bola Sepak bagi merebut Piala Penyelaras Dun Bukit Besi,” tambah Haji Ghazali.





























