Pemuda PAS Ziarah Mangsa Rumah Terbakar

2444

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN – Nasib malang mangsa rumah terbakar di kampung Minda, Bukit Besi, dekat sini mendapat perhatian Dewan Pemuda PAS DUN tersebut.

Timbalan Ketuanya, Hanif Safwan Mansor berkata, beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan yang sebak apabila melihat buku-buku persekolahan terbakar.

“Saya sebak sebaik melihat buku anak mangsa yang terbakar di rumahnya yang telah teruk terbakar,

“saya terus terfikir akan nasib anak-anak mangsa untuk meneruskan persekolahan,” ujarnya, ketika ditemui pada Ahad, 12 Ogos.

Oleh itu, kata beliau yang juga anggota Institut Modal Insan Sejahtera (I-Mits) Bukit Besi berharap, sumbangan keperluan makanan dan juga peralatan persekolahan, dapat meringankan beban keluarga terbabit.

Sementara itu, Ketua kampung tersebut Zakaria Maadan berkata, rumah asal pemilik rumah itu, yang tebakar belum pulih, datang pulan ujian kedua kepada beliau

“Rumah asal belum lagi pulih, Rumah kedua pula terbakar,” ujar Zakaria.

Menurutnya kejadian yang berlaku pada pukul 4.45 petang, tidak melibatkan kemalangan jiwa,

“waktu asar (tuan rumah) bekerja sebagai buruh manakala isterinya pula merupakan pekerja ladang.

“Walau bagaimanapun punca kejadian masih lagi didalam siasatan…..kita berharap agar, mangsa sekeluarga sabar menerima ketentuan Allah,” tambahnya.

Difahamkan, Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) juga telah hadir dan memberi bantuan kewangan, barang makanan dan lain-lain keperluan.