Pemuda PAS DUN Jabi Akan Bina Litar ‘Motorcross’

1276

SETIU – Sebahagian dari Tapak Himpunan ‘PAS Ganti Umno’ (PGU) DUN Jabi seluas lebih 4 ekar, yang terletak di tengah-tengah Pekan Jabi akan diubahsuai untuk dijadikan litar bagi aktiviti sukan lasak ‘motorcross’.

Pengerusi Majlis Tindakan DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim menyokong cadangan Pemuda bagi membina litar tersebut memandangkan ia adalah sukan ‘gaya maskini’.

“acara sukan PASTI yang merupakan acara tahunan pada kali ini menampilkan kelainan dengan pertunjukkan motorcross oleh Kelab Motorcross Pemuda Jabi.

Dr Azman motorcross“Ternyata kelainan acara ini telah menarik minat dengan kehadiran ramai penonton dari kalangan masyarakat sekitar,

“oleh itu, saya bersetuju dengan cadangan pemuda DUN Jabi untuk membina satu lita ‘motocross’ di tapak ini,” ketika berucap bagi menutup acara Sukan PASTI DUN Jabi yang juga diadakan di Tapak PGU Jabi pada Sabtu,9 November.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Setiu menegaskan, Islam bukanlah agama yang datang dengan tujuan untuk menghalang minat manusia termasuklah bersukan.

“Cuma Islam meletakkan garis panduan supaya apa sahaja yang kita lakukan menjadi murni dan berfaedah serta tidak mendatangkan mudharat,”jelasnya.

Dr Azman yang juga Pengerusi MTD Jabi meletakkan sasaran pembinaan litar tersebut siap dalam masa enam bulan akan datang dan menyerahkan sepenuhnya kerja-kerja pembangunan kepada Pemuda.

“PAS Dun Jabi telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan kewujudan sebuah ‘Litar Motorcross Pemuda Jabi’ menjadi kenyataan, InsyaAllah,”tambahnya