KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu menyokong penuh perlantikan YB Ustaz Saiful Bahari Mamat sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru bagi penggal 2013-2015.
Ketuanya Ustaz Kamaruzzaman Abdullah yakin perlantikan tersebut merupakan satu kepercayaan yang tinggi dari Tuan Guru Presiden PAS bersandarkan kepada rekod prestasi beliau semasa membantu YB Hj. Mohd Abdul Wahid Endut ketika menjawat Timbalan Pesuruhjaya 1
“Atas keyakinan tersebut juga, Pemuda PAS Terengganu berserta Jawatankuasa Pemuda PAS di semua peringakat Negeri, Kawasan, DUN dan Cawangan menyokong penuh perlantikan dan amanah yang diberikan kepada YB Ustaz Saiful Bahari Mamat sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu,
“dan kami selaku pemuda Pas sedia menumpahkan ketaatan dan kepatuhan terhadap kepimpinan beliau,”ujarnya
Pemuda PAS Terengganu juga yakin perlantikan beliau ke jawatan Pesuruhjaya ini akan memberi kelebihan kepada Pemuda PAS Terengganu memandangkan beliau sebelum ini pernah memimpin pemuda sebagai Ketua Pemuda PAS Terengganu.
Pemuda PAS Terengganu juga mengucapkan syabas dan terima kasih kepada mantan Pesuruhjaya, YB Hj. Mohd Abdul Wahid Endut atas segala kerjasama yang diberikan sebelum ini.
“Juga sudah pasti prestasi terbaik di zaman beliau adalah apabila PAS Terengganu hampir sahaja menafikan majoriti kerusi UMNO di Dewan Undangan Negeri Terengganu,”tambah Kamaruzzaman
Sehubungan itu, bagi pihak rakan-rakan Ahli Dewan Undangan Negeri PAS, ADUN Tepoh YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim merakamkan ucapan tahniah atas perlantikan YB Ustaz Haji Saiful Bahri Mamat, Adun Paka sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu.
“Sebagai bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dan juga bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan sewaktu PAS memerintah Terengganu,
“ia merupakan pakej yang sangat baik untuk terus menggalas tanggungjawab besar dalam meletakkan PAS Terengganu kukuh menguasai politik di negeri ini,”ujarnya
Beliau berkata, ahli-ahli PAS cukup yakin mandat yang diberikan ini cukup mampu digalas oleh YB Pesuruhjaya yang baru dengan sebaik mungkin.
Kecemerlangan YB Tuan Haji Muhammad Abdul Wahid Endut sebagai Pesuruhjaya PAS yang lalu akan berjaya dikekalkan oleh bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS ini, InsyaAllah.
“Dikesempatan ini, ucapan terima kasih dan penghargaan yang tinggi tidak dilupakan kepada bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu atas segala keringat dan usaha gigih memimpin PAS Terengganu sehingga melakarkan kejayaan yang baik dalam PRU13 tempohari,”ujarnya
Sementara itu, Presiden Gerakan Terengganu Insaf (GANTI) Haji Ahmad Amzad Hashim menyifatkan perlantikan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang baru adalah jawapan langsung kepada penyebar fitnah yang membuat pelbagai tohmahan.
“Tahniah YB Ustaz Saiful Bahri Mamat. Tenaga baru dari YB akan memaju derap kaki kita dengan lebih teguh ke sana. Ini merupakan jawapan kepada fitnah ke atas YB Paka,
“InsyaAllah rakyat teguh mendokong sama seperti kepimpinan YB Hj Wahid terdahulu,”ujarnya
Beliau turut megucapkan jutaan terima kasih kepada Pesuruhjaya PAS Negeri yang lalu yang telah menunjukkan kepimpinan yang cemerlang dgn diterjemahkan dengan keputusan PRU13 lalu. Sesungguhnya jasa beliau tak terbilang perinya.
Amzad turut memberi ingatan supaya semua pejuang merapatkan saf, kerana katanya, Alla cintakan yang berjuang dijalannya dengan tersusun saf-safnya dgn pimpinan imam yg sentiasa membersihkan diri, sebagaimana firman Allah yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh” (As-Saff 61:4)





























