Pasukan yang setia kepada kerajaan dalam buangan Yaman berkata, mereka telah mara ke bahagian akhir bandar selatan Aden yang masih dipegang oleh pemberontak Houthi.
Jurucakapnya berkata pada hari Isnin bahawa militia tempatan dan unit-unit tentera, disokong oleh gabungan serangan udara yang dipimpn Arab Saudi, telah mengambil sebahagian besar daripada daerah Tawahi.
Pada hari Jumaat, kerajaan mengisytiharkan bahawa kota itu telah ‘dibebaskan’ selepas empat bulan pertempuran sengit.
Bagaimana pun beberapa pertempuran terus pada hujung minggu, telah menyebabkan berpuluh-puluh orang terbunuh
Pada hari Ahad, tembakan meriam pemberontak Houthi melanda pinggir utara bandar Dar Saad yang padat dengan penduduk, di mana ramai orang kehilangan tempat tinggal, kata Medecins Sans Frontieres (MSF).
Kumpulan Amal perubatan berkata hospital di kawasan itu menerima 150 mangsa, antaranya wanita, kanak-kanak dan warga tua. Empat puluh dua orang telah mati semasa ketibaan dan berpuluh-puluh mayat lain terpaksa ke premis lain kerana hospital itu mempunyai kemudahan terhad.
MSF menambah bahawa mereka telah menyaksikan tindakan balas besar-besaran terhadap orang awam oleh pemberontak Houthi dan memberi amaran bahawa kebimbangan pembunuhan penduduk awam akan berulang di selatan Yemen apabila pemberontak dihalau keluar dari kawasan-kawasan yang mereka kuasai.
Namun Houthi menafikan mereka menyasarkan orang awam di Dar Saad dan menyalahkan serta mendakwa ia adalah penipuan media.
Jurucakap tentera Ali al-Ahmedi berkata, para pejuang dari Jawatankuasa Kebangkitan Popular (PRC) dan tentera telah mara ke Tawahi, di hujung barat Semenanjung Aden itu pada lewat semalam selepas menawan daerah kejiranan sekitar.
Bantuan Tiba
Sebuah kapal PBB yang membawa cukup bantuan makanan untuk diberi kepada 180,000 orang selama sebulan berlabuh di pelabuhan Aden Yaman pada hari Selasa, setelah menunggu selama hampir empat minggu.


“Ini kali pertama kapal disewa WFP berlabuh di pelabuhan itu sejak konflik tercetus pada akhir Mac,
“Kami mempunyai kapal-kapal tambahan sewa khas yang sentiasa bersiap sedia menuju ke Aden membawa lebih makanan dan bahan api.” Kata Peter Smerdon.
Minggu lepas WFP merundingkan kemasukan konvoi trak makanan ke dalam wilayah Aden, tetapi berkata mustahil untuk melabuhkan kapal kerana pertarungan sengit di sekitar kawasan pelabuhan.
Smerdon menggesa pihak yang berperang melaksanakan gencatan untuk membolehkan pengagihan bantuan makanan dari kapal dan membenarkan semula perdagangan komersial, yang katanya adalah satu-satunya cara untuk memenuhi keperluan makanan Yaman.
“Kami (PBB) tidak boleh mengisi jurang itu, itulah jurang yang hanya boleh diisi oleh sektor komersial yang dibenarkan untuk mengimport makanan dan menyampaikannya seluruh negara Yaman.”tambah beliau






























