Pasar Binjai Rendah Semakin Layu?

2896

Oleh : Azizah Mahmood

Raut wajahnya menampilkan semangat kental seorang peniaga sayur dengan wajah berkedut seribu itu mewarnai lukisan hidup warga emas itu.

Seusai subuh dia menghayun langkah mengatur derap kaki yang tak sekuatmana menuju Pasar Binjai Rendah dimana ulam ulam kampung di pertaruhkan untuk rezeki keluarga.

Usia emas ini bukan penghalag, yang menjadi masalah kemana hilang pembeli yang ramai? gerangan pasar mana menjadi pilihan sehingga hasil jualan seakan layu menunggu di ambil orang.

Hanya Khamis memberi harapan selebih hari hanya sekadar membilang pengunjung yang makin berkurang.

Di satu sudut berdiri seorang lelaki usianya juga usia emas , kedut di wajah mencerminkan usia bila dia berkata, “umur dah 64 tahun duk meniaga lagi cari rezeki, harap seminggu ada sehari orang ramai, hari lain sekadar mengatur barang jualan, habis tiada berlebih di bawa pulang,”.

Persoalannya mengapa hanya Khamis? kenapa tidak setiap hari membilang tanpa henti pengunjung?

Mengapa enam hari berbaki peniaga melebihi pembeli?

Pertanyaan ini hanya menambah kedut di dahi yang sedia ada, sedang mereka yang sepatutnya memandang penjaja kecil dan peniaga ini seakan menjelingpun tidak.

Apatah lagi bertanya khabar, sedang setiap tahun mesyuarat agung persatuan seakan pecah panggung.

Dari sudut pandang depan bangunan Pasar Binjai Rendah ini nampak hebat disamping bangunan baru tapaknya adalah tepi jalan besar dan tapak ‘parking’ yang luas.

Cuma ada beberapa perkara yang di menjadi sungutan antaranya paip air yang bocor lambat di baiki menyebabkan limpahan air di laluan pengunjung dan jalan menjadi becak.

Di beberapa sudut kelihatan penjual hanya bersembang sesama mereka. melupakan sejenak mereka adalah antara sekolompok penjaja dan peniaga kecil yang sering terabai dari mendapat pembelaan pihak berwajib.

Inilah realiti kehidupan orang melayu yang sering di pinggirkan sedang bangsa asing menjadi keutamaan.

Di sediakan berbagai kemudahan siap di promosikan dengan berbagai agenda tahunan.

Inilah Terengganu kita, menyusu kera di hutan…….anak sendiri di biar kelaparan.