PAS Terengganu Yakin Dr. Halimah Boleh Menang

3554

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu YB Ariffin Deraman yakin calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Sri Setia Dr Halimah Ali boleh menang.

Beliau berkata calon PAS itu adalah seorang yang berprofil tinggi dan mempunyai pengalaman kerana sebelum ini Dr Halimah adalah seorang EXCO kerajaan Negeri Selangor.

“Alhamdulillah setakat ini kempen pilihan raya kecil Sri Setia sedang berjalan dan bagi pihak PAS khususnya PAS Terengganu kita membantu kempen di peringkat pilihan raya kecil Sri Setia membantu jentera di peringkat pusat untuk memenangkan calon PAS Dr Halimah Sri Setia,

YB Ariffin Deraman

“(dan) setakat ini kami yakin dengan kempen yang bersungguh-sungguh diadakan di Sri Setia untuk memastikan kemenangan,

“Setakat pada hari ini kita yakin insya Allah potensi untuk PAS menang dalam pilihan raya memang kita menaruh keyakinanlah,

“dan sebab itulah kita hantar jentera bekerja bersungguh-sungguh di dalam berkempen serta peluang untuk kita menang agak cerah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Alor Limbat berkata demikian ketika ditemui pihak media di Wisma Darul Iman pada semalam, Rabu, 29 Ogos.

Katanya, PAS Negeri Terengganu menghantar sekitar 1000 petugas yang melibatkan lapan kawasanuntuk membantu dalam pilihan raya tersebut.

“Setakat ini kita ada 100 orang dan sehingga kepada hari pilihan raya serta hari mengundi kami jangka lebih daripada 1000 orang jentera PAS,

“dan mereka akan pergi bagi membantu pada hari mengundi di PRK Sri Setia,” jelasnya.

______________________________________________________________________

Biodata Dr. Halimah Ali

Tarikh Lahir: 27 Jun 1960
Nama Suami: Dr. Ahmad Supian
Anak-anak seramai 6 orang:
– Dr Imran
– Dr Khadejah
– Dr Zaid
– Dr Hafiz
– Dr Zubir
– Dr Liyana

Sejarah Pendidikan:
MATRICULATION
Elizabeth Matriculation College, Hobart

BACHELOR OF MEDICAL SCIENCE
University Of Tasmania, Australia

BACHELOR OF MEDICINE, BACHELOR OF SURGERY
University Of Tasmania, Australia

DIPLOMA TASAWWUR ISLAM (PELAJAR TERBAIK)
Institut Latihan Kepimpinan Dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM)

Pengalaman Kerja:
– Hospital Universiti Petaling Jaya
– Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
– Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-Kanak Klang & Shah Alam
– Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
– Pejabat Kesihatan Daerah Petaling
– Pegawai Kesihatan Sekolah Daerah Klang
– Pengamal Perubatan Swasta selama 25 tahun di dua buah klinik sendiri, Klang.

Prinsip Kepimpinan:
– Takut Tuhan
– Pencapaian
– Integriti
– Dedikasi
– Holistik
– Inklusif
– Futuristik Kreatif

Pencapaian:
– EXCO Kerajaan Negeri Selangor Merangkap ADUN Selat Klang (2008-2014).
– Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
– Mantan Ahli Lembaga Pengarah UNISEL.
– Mantan Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Selangor
– Pengasas Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS)
– Pengasas Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS)
– Pengasas Model Pembangunan Modal Insan Kerajaan Selangor (SPIES)
– Pengasas Pasukan Sukarelawan Briged Amal Selangor (BASE)
– Pengerusi Induk menangani gejala social kerajaan Negeri Selangor (GeMS)
– Pengasas Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor (KITTIS)
– Pengasas Kelas Agama Menengah Arab (KAMA)=Kafa Menengah
– Pengasas Quranic Botanical Garden di SRA DAN SRI Farabi Kg Delek.
– Pengasas Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS).