KUALA TERENGGANU – Keputusan parti untuk bertanding di parlimen Permatang Pauh disambut baik oleh PAS Terengganu.
Timbalan Pesuruhjaya 1, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, sebagai sebuah pertubuhan politik yang berdaftar, PAS layak bertanding dimana-mana sahaja kawasan pilihan raya di negera ini.
“hormatilah demokrasi……PAS sebagai parti politik yang berdaftar boleh bertanding dalam pilihan raya dimana-mana kawasan di Malaysia,
“ia adalah hak PAS untuk bersaing, sebagaimana parti Amanah bertanding pada pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ketika diminta mengulas hasrat parti yang telah dimumkan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pulau Pinang pada 4 Sabtu Februari
Oleh itu, beliau menyarankan agar pihak lain bertenang dan tidak mencampuri urusan keputusan politik PAS itu.


Katanya, parti-parti lain tidak perlu merasa ‘takut’ atau bimbang kerana kalah dan menang dalam pilihan raya bukan ketentuan manusia.
“ada parti dan pihak dari Pakatan Harapan macam takut saahaja bila PAS isytihar untuk bertanding di situ………tenang…….relaks,
“rakyat yang akan memilih, jadi kita serahkan kepada serahkan kepada rakyat yang kini saya rasa sudah bijak itu buat pilihan, samada PAS, Umno-BN atau PH,” jelasnya.
Menurutnya, PAS bertanding di kerusi parlimen itu sejak 1969 sebelum menyerahkan kerusi itu kepada PKR pada pilihan raya tahun 1999, sebelum Amanah wujud.
Katanya, DAP tidak perlu jadi ‘penghasut’ kerana DAP juga pernah pertanding ‘tiga penjuru’ pada tahun 1995.
“Lim Guan Eng tak perlu gusar…..PAS tidak ada kena mengena dengan Pakatan Harapan, jagalah parti masing-masing,”
“Nampak semakin ramai ahli DAP yang tak puas hati dan keluar parti, lebih baik dia tumpukan, selesai masalah parti dia,” tegas Satiful





























