PAS Terengganu Rangka ‘Road Map’ Untuk PRU-14

693

KUALA TERENGGANU – [Lihat Video] PAS Terengganu dibawah kepimpinan Pesuruhjayanya yang baru YB Ustaz Satiful Bahri Mamat sudah menggerakkan rangka kerja ‘Road Map’ baru bagi menghadapi pilihanraya umu kali ke-14 akan datang.

Dalam siding medianya ketika mengumumkan ‘kabinet baru’ Badan Perhubungan PAS Terengganu, Ustaz Satiful menggariskan lima perkara yang menjadi fokus dalam pentadbirannya untuk masa dia tahun akan datang.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan yang diterajui oleh Presiden PAS Dato’ Seri tuan Guru Abdul Hadi Awang dan mantan Pesuruhjaya YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut, yang disifatkannya telah berjaya memperolehi kejayaan besar pada Pilihanraya umum kali ke-13 yang lalu.

“Kita baru selesai daripada PRU. Kita sebagaimana kita sebut kita ucap terima kasih pada kepimpinan yang lalu yang telah berjaya membawa PAS dengan kejayaan yang cukup besar di pimpinan semua peringkat termasuk bekas PJ dan juga Presiden sendiri.

“Dan insya Allah kita akan berdasarkan postmoter dan kita akan buat ‘road map’ baru untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang, PRU 14. Dan insyaAllah kita akan rujukkan jawatankuasa khas, teamwork untuk merangka gerak kerja bagi mencapai kejayaan untuk memerintah pada PRU kali yang akan datang,

“sebab kita hanya kekurangan satu dua kerusi sahaja. Dan kita rasa insya Allah ‘mood’ dan ‘momentum’ yang kita ada kita boleh capai kejayaan,”ujarnya kepada pihak media.

Yang kedua, kata beliau, PAS Terengganu akan menumpukan usaha memberi penerangan mendedahkan kepincangan janji-janji yang tidak ditepati oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) antaranya, kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
“kita akan cuba membangkitkan kesedaran masyarakat lah rakyat dengan suasana yang kita sebut sebelum pilihanraya bagaimana kerajaan berjanji yang ini tak naik, yang ini tak naik sekarang ini semua naik.

“Barang naik, kos sara hidup naik, apa dan sebagainya dan akan datang ni tarif elektrik pun akan naik. Jadi rakyat kita menghadapi berbagai bebanan dan kita arasa kesedaran rakyat untuk membuat pilihan member kepercayaan kepada parti alternatif khususnya PAS di Terengganu ini untuk memimpin di masa akan datang,”jelasnya.

Dalam pada itu, Ustaz Satiful berkata, PAS akan merapatkan saf bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran dalam usaha mewujudkan jentera yang padu.
“pada masa yang sama kita akan merapatkan semua saf kita, tenaga kita yang banyak kepimpinan baru dah sekarang samada di peringkat PAS kawasan banyak YDP baru yang kita arasa perlu mantapkan lah ilmu-ilmu pentadbiran, pengurusan dan sebagainya.

“Kita ada orang-orang lama, dan juga orang baru yang kita rasa boleh digabung saling membantu, mencurahkan pengalaman-pengalaman untuk memantapkan jentera kita, pengurusan kita,”katanya.