KUALA NERUS – Warga PAS dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu membina kekuatan mental, fizikal dan rohani dalam membuat persiapan menghadapi pihan raya umum kali ke-14 (PRU14).
ADUN Kawasan itu, YB Ustaz Ridzuan Hashim berkata, Program 1000 Langkah Bersama YB dan Isteri di Teluk Pasu dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan ukuhwah din antara warga DUN tersebut.
“kita akan teruskan lagi sekurang kuranya dua kali lagi……iaitu di di Buluh Gading sempena Program Karnival Dakwah Kuala Nerus dan yang (kali) ke tiga di Kesum sempena Program Wanita Dun pada 9 Mac (depan),” ujarnya ketika ditemui.
Beliau berkata demikian selepas menamatkan acara berjalan kaki lebih kilometer, yang bermula dan berakhir di masjd Banggol Peradong, di ini pada Sabtu 13 Januari.
Dengan itu, beliau yakin ahli dan para petugas PAS, khususnya penyokong-penyokong Parti Islam Semalaysia (PAS) di seluruh negeri ini sudah bersedia menghadapi PRU14 yang akan datang.