[Lihat Video] Mantan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS, Ustaz Nik Zawawi Salleh menyifatkan Muktamar tPAS kali yang ke-59 yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam, berjalan dengan baik.
Beliau berkata terdapat peningkatan dalam ulasan dan perbahasan oleh perwakilan, bukan sahaja isu-isu dalam negara malah, mencakupi isu-isu antarabangsa.
“Cuma apa yang ingin saya fokuskan ialah tahap kesedaran para perwakilan mengulas isu-isu yang berlaku bukan sahaja di peringkat nasional tetapi ulasan-ulasan yang mantap sehingga ke tahap antarabangsa.
“Ulasan-ulasan yang dibuat dalam muktamar tahun ini jelas menampakkan bahawa Parti Islam Semalaysia PAS merupakan sebuah parti yang mampu memimpin Pakatan Rakyat,”ujarnya.
Beliau berpendapat kualiti yang telah ditunjukkan oleh para pemimpin PAS menampakkan bahawa perjalanan menuju ke Putrajaya ini semakin semakin hampir dan menyasarkannya pilihanraya umum kali ke-14 akan datang.
“Insya Allah ia menjadi reality dan beberapa perkara yang berbentuk strategi-strategi telah diketengahkan dalam muktamar agung dalam tahun ini dan kita menampakkan bagaimana kepimpinan parti daripada peringkat pusat, negeri dan juga kawasan-kawasan.
“Kita melihat bagaimana perkembangan parti kita yang diolah, yang mencerminkan olahan mereka ini mereka akan menuju ke Putrajaya,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh skuad Buletinonline, seusai Presiden PAS memberikan ucapan penbangguhan pada hari akhir muktamar semalam, Ahad 24 November.
Menurutnya, muktamar PAS kali ini lebih meyakinkan masyarakat dan beliau yakin, mereka bersedia untuk menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang mampu memberi rahmat kepada sekalian alam.
“Maknanya PAS akan menerajui rahmat ini dan akan membuktikan Islam yang akan membawa rahmat kepada sekalian alam ini akan dipikul oleh PAS dan kepimpinan PAS dan pengikut-pengikut di dalam PAS,
“dan insya Allah saya kira muktamar ini akan mencetuskan satu situasi yang baru dalam Negara kita, mereka dapat melihat betapa mampu memayungi semua kaum dan semua agama-agama yang lain,”katanya yakin.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada perwakilan yang memberi mandat kepada beliau untuk menerajui kepimpiunan di peringkat pusat.
Katanya dengan pengalaman beliau di dalam Majlis Syura Ulamak, beliau berjanji akan melaksanakan amanah yang telah diberikan kepadanya.
“…..yang pertamanya ialah saya akan memastikan perjalanan PAS ini akan berjalan di atas landasan Islam dan insya Allah beberapa pembaharuan akan dibuat oleh keimpinan PAS yang diberi amanah ini dan insya Allah saya dan para jemaah,
“dan saya secara individunya akan member beberapa idea yang baru kepada PAS dan saya akan lebih banyak fokus kepada isu tarbiyah dalaman parti dan yang keduanya pengukuhan pakatan rakyat yang kita programkan itu,”tegasnya.





























