PAS ragui kenyataan Menteri Pengguna

1038

KUALA TERENGGANU – PAS sangsi dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna Dato’ Hasan Malek, yang sebelum ini pernah mencadangkan, “kalau harga ayam mahal, maka jangan makan ayam”.

Pengerusi Lujnah Pengguna PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata kenyataan Hasan tentang aduan kenaikan harga barang sangat diragui.

“”Tidak banyak aduan tentang kenaikan harga barang, contohnya di Wilayah Persekutuan, hanya 3 aduan yang kita terima, kata Menteri KPDNKK……… saya sangat sangsi dengan ketepatan kenyataan Menteri KPDNKK berhubung dengan aduan tentang kenaikan harga barang,

“(kerana) Menteri ini (lah) yang pernah mencadangkan, kalau harga ayam mahal, maka jangan makan ayam,”ujarnya.

Beliau menggesa Menteri dan Kementerian berkenaan menjelaskan apakah mekanisma aduan yang diguna pakai berkait isu kenaikan harga barang, supaya memberikan gambaran sebenar keadaan rakyat ‘dibawah’.

gambar sinarBeliau sedia menunjukkan bukti, kenaikan harga barang berlaku dengan cepat dan mendadak setelah harga minyak dinaikkan pada minggu lalu.

Katanya, pekerja sebuah pasaraya di Kubang Kerian telah pada 6 September lalu, sibuk menukarkan tanda harga di sebahagian besar barang-barang keperluan harian seperti lauk pauk dan sayur-sayuran, kerana ada kenaikan harga.

Menurutnya kenyataan Menteri pengguna itu dan tindak tanduk para pegawai KPDNKK sebelum ini, boleh menjejaskan kredibiliti KPDNKK di mata masyarakat umum.

“Saya masih ingat, ketika krisis bekalan minyak masak di Terengganu kira-kira lebih setahun yang lalu, pegawai KPDNKK Terengganu malah menafikannya walaupun hakikatnya bekalan minyak masak memang sukar didapati.

“Lebih melucukan lagi apabila mereka (pegawai KPDNKK) membawa wartawan ke sebuah pasaraya di Kuala Terengganu, bergambar sambil memegang botol minyak masak cap bunga matahari untuk membuktikan bahawa bekalan minyak ada dan mencukupi tanpa,

“(adakah) dia sedar bahawa botol yang dipegang adalah minyak bunga matahari yang harganya adalah lebih mahal berkali ganda dari minyak sawit serta tidak menjadi pilihan pengguna,”jelasnya

Katanya, yang ditimbulkan adalah krisis bekalan minyak sawit bukannya bekalan minyak matahari [Gambar ] atau minyak jagung tetapi pegawai datang bergambar dengan botol minyak bunga matahari!

Oleh itu, beliau mengesyorkan Menteri dan para pegawai memantau dan turun setiap hari bagi memastikan fakta sebenar sebelujm membuat sebarang kenyataan.

“Pengguna tak selalunya akan datang mengadu dan pegawai-pegawai jangan hanya menunggu aduan di dalam bilik berhawa dingin.

“Mereka perlu proaktif turun ke lapangan kerana meraka dibayar gaji antaranya untuk tujuan itu,”tegasnya