Oleh : Wan Mariam Wan Jusoh
MARANG – PAS pertegaskan, sekiranya diberi mandat oleh rakyat dan memerintah Terengganu selepas pilihan raya umum kali ke-14, ia akan memberi semula tanah-tanah yang dirampas kerajaan Umno-BN sejak tahun 2005.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, YB Dr Alias Razak berkata, tawaran itu termasuk dalam 15 menifesto PAS Terengganu jika diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri ini.
“Sekiranya tanah tersebut telah diberi kepada orang lain, kita akan ganti balik tanah yang lain dengan memberi geran kekal,
“Bayaran premium akan mengikut harga semasa tetapi kita akan permudahkan cara bayaran iaitu boleh dijelaskan secara ansur bagi orang yang tidak mampu,” ujarnya.


Selain itu katanya, anak muda yang berumur 21 tahun keatas akan diberi satu lot tapak rumah.
“Atau satu unit rumah bagi mereka yang tinggal dibandar juga dengan kaedah bayaran yang sama.
“Bagi mereka yang belum mempunyai lesen motor, kerajaan PAS akan memberi RM300 (untuk mengambil lesen) dengan harapan tidak ada lagi muda mudi menunggang motor tanpa lesen,” kata beliau.


“Ini untuk meringankan pasangan yang hendak berkahwin …. tidak perlu cari duit untuk belanja kenduri.
“Cukup sekadar mas kawin dan hantaran kepada penganti perempuan. Kita akan membantu meringankan sedikit bebanan.
Tidak ketinggalan juga kata beliau, orang miskin tidak dikenakan caj hospital percuma bagi kelas tiga dan mereka juga akan mendapat air percuma bagi 20 meter padu.
“20 meter padu ni kalau makcik tinggal lima beranak guna air sekadar makan dan minum serta mandi tanpa membazir, in shaa Allah cukup,


Selain itu jelas beliau, bagi isteri yang kematian suami diberi cuti bergaji selama 30 hari dengan tidak mengambil kira samada suami yang bekerja denagn kerajaan atau swasta, ataupun buruh asalkan isteri berkerja kerajaan.
Di setiap jabatan kerajaan negeri juga, ujarnya, akan dibuka pusat nursery bagi ibu bapa yang bekerja.
“Terlalu banyak manfaat kepada rakyat negeri Terengganu yang dapat kita lihat melalui manifesto yang ditawarkan.
“Dan semoga dengan program pencerahan begini, rakyat dapat membuka mata dan menilai serta mengundi PAS dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 nanti,” tambahnya.






























