PAS bersama pelbagai NGO Islam dan seluruh lapisan masyarakat yang cintakan keadilan akan mengadakan bantahan awam serta serahan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur.
Pengarah Bantahan, Dr. Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, regim negara ‘sub continent’ Bangladesh itu telah membunuh seorang tokoh politik pembangkang, Penolong Setiausaha Agong Jamiat Islami Bangladesh , maulana Abdul Qader Mullah pada minggu lalu.
Bahkan kata beliau, Bangkadesh ‘melampiaskan’ serakah, dendam politik kebenciannya terhadap Islam dengan memenjarakan lebih 40 000 aktivis gerakan Islam negara tersebut.
“Regim Bangladesh juga sedabg bersiap untuk membunuh lebih ramai sosok pimpinan Jamiat Islami Bangladesh serta akan berusaha untuk mengharamkan parti Islam terkuat di sub continent yang telah ditubuhkan oleh Maulana Maududi pada tahun 1941.
“Regim Bangladesh telah memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap bantahan masyarakat antarabangsa,”ujarnya
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata, PAS dengan ini merasa terpanggil dan bertanggungjawab dengan penindasan sistematik regim tirani negara Bangladesh terhadap Jamiat Islami, juga sekatan misi bantuan kemanusiaan kepada muslim Rohingya .
Oleh itu katanya, PAS bersama NGO-NGO Islam bahkan seluruh lapisan masyarakat yang cintakan keadilan akan mengadakan bantahan awam serta serahan memorandum pada kedutaan Bangladesh di Kuala Lumpur.
“Bantahan akan diadakan pada hari Jumaat , usai solat Jumaat pada 27 hb. Disember ini. Pimpinan utama PAS serta rakan-rakan NGO akan hadir menyuarakan aspirasi ummah yang sedang meraung kesakitan.
“Luka mereka adalah duka kita kerana persaudaraan akidah melepasi batasan geografis dan negara bangsa. Semua ummat Islam negara ini dijemput ke himpunan sejuta ummah sebagai tanda solidariti kita,”jelasnya.





























