Terengganu, Malaysia

Empat Lot Tanah Jadi Legasi 70 Tahun PAS Dungun

Empat Lot Tanah Jadi Legasi 70 Tahun PAS Dungun

DUNGUN – Empat lot tanah yang dimiliki sejak penubuhan PAS Cawangan Dungun pada 6 Julai 1956 menjadi antara legasi penting perjuangan generasi terdahulu yang terus diwarisi PAS Kawasan Dungun sehingga hari ini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Dungun, YB Wan Hassan Mohd Ramli berkata, aset berkenaan diusahakan oleh pemimpin-pemimpin awal yang membangunkan gerakan PAS di daerah itu sejak hampir tujuh dekad lalu.

Menurutnya, sejarah penubuhan PAS Dungun bukan sekadar memperlihatkan perkembangan sebuah organisasi politik, sebaliknya mencerminkan usaha dan pengorbanan generasi terdahulu dalam membina asas perjuangan Islam di negeri ini.

“PAS Cawangan Dungun ketika ditubuhkan mempunyai aset yang telah diusahakan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, iaitu empat lot tanah yang sangat berharga atas nama PAS Cawangan Dungun,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan 70 Tahun PAS Dungun yang berlangsung sempena program Teguh Memimpin Terengganu 2.0, di Dewan Arena Square, Dungun, semalam.

Empat Lot Tanah Jadi Legasi 70 Tahun PAS Dungun

Mengimbas perkembangan PAS di Terengganu, beliau berkata, penubuhan PAS Dungun pada 1956 turut menjadi sebahagian daripada gelombang perkembangan parti itu ke beberapa daerah lain termasuk Kuala Terengganu dan Besut pada tahun sama.

Perkembangan tersebut diteruskan dengan penubuhan PAS di Kemaman pada 1957, Kuala Berang pada 1958 dan Kuala Terengganu Utara pada 1959.

Beliau turut mengingatkan bahawa kekuatan perjuangan yang dibina sejak dahulu perlu diteruskan melalui kesetiaan kepada kepimpinan parti di peringkat pusat dan negeri.

“Sejarah panjang itu menjadi asas untuk PAS terus bertahan, berkembang dan memikul tanggungjawab kepimpinan di Terengganu,” tambah beliau.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan