MARANG – PAS Marang telah mengadakan lawatan ke beberapa buah pusat pemindahan mangsa banjir yang dibuka berikutan air di kawasan.
Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Muhammad Yusuf Abdul Hadi berharap air akan surut segera dan para penduduk dapat pulang ke rumah masing-masing.
“Alhamdulillah, pada malam ini kita dapat turun ke dua pusat pemindahan mangsa banjir bersama-sama wakil Majlis Tindakan DUN (MTD) Ru Rendang,
“Sekarang ini, mangsa dari Ru Rendang telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing iaitu seramai 71 keluarga. Tadi juga, kita telah melawat Sekolah Kebangsaan Marang dan terdapat 26 keluarga mangsa banjir di sana”,


Dalam pada itu, Muhammad Yusuf juga berpesan agar semua penduduk mengambil langkah berjaga-jaga.
“Saya mengharapkan pada musim sekarang ini..nasihatkan pada semua agar berhati-hati, terutamanya apabila air naik makin mendadak.


“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MTD Ru Rendang yang turun bersama pada malam ini. InsyaAllah, selepas ini kita akan turun membantu mangsa-mangsa banjir ini,” kata beliau.
Lawatan ke pusat pemindahan mangsa banjir itu turut disertai Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Ru Rendang, Suhairi Daud.





























