PAS Mahu Masyarakat Hidup Dengan Harmoni

1764

DUNGUN – PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi berharap agar masyarakat di kampung-kampung yang jauh ke pedalaman dapat bersama dengan parti itu, hidup dalam suasana masyarakat yang harmoni.

Pengerusi Majlijs Tindakan DUN tersebut, Haji Ghazali Sulaiman berkata, hubungan persaudaraan dan ziarah menziarahi adalah sangat penting.

“Harapan saya agar kita dapat membentuk hubungan PAS Kawasan Dungun, DUN Bukit Besi dan juga penduduk Kampung Syukur yang lebih harmoni dimasa akan datang,

“Jadi kita jemput belaka orang kampung untuk bersama-sama makan disamping mengeratkan ukhuwah dikalangan penduduk,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketuka ditemui selepas Program Gotong Royong membersihkan masjid dan persekitaran Kampung Shukur di sini, pada Rabu 3 Januari.

Menurutnya, seramai 40 orang petugas Jabatan Amal, Ameerah dan Pemuda yang datang dari bandar Dungun dan Bukit Besi bersama-sama menjayakan aktiviti pasca banjir yang melanda kampung itu, dua hari sebelumnya.

“Hari ini aktiviti cuci masjid, sebelah bawah tu………yang kedua cuci dewan makan (masjid) lepas ni kita gi ziarah sekitar Kampung Shukur,

“ada orang sakit dua, tiga orang…..kita ada muslimat, Ameerah, Pemuda dan juga Unit Amal, lebih kurang 40 orang yang datang daripada Dungun dan DUN Bukit Besi,” jelasnya.

Selain itu, kata beliau, PAS juga melaksana program ‘Dapur Rakyat’, memasak makanan dan menghantar kepada penduduk yang terjejas akibat musibah tersebut.

“bajetnya dalam 200 orang dengan menu yang sederhana……jadi kita jemput belaka orang kampung untuk bersama-sama makan,

“disamping mengeratkan ukhuwah dikalangan penduduk Kampung Shukur,” tambah beliau.