PAS Kesal Dengan Cara Pemberitaan Sinar Harian

1443

KUALA TERENGGANU – PAS Negeri Terengganu amat kesal dengan cara pemberitaan Sinar Harian kebelakangan ini yang dilihat cuba memberikan persepsi buruk kepada parti itu.

Ketua Penerangannya, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, cara pemutaran fakta dan tajuk berita yang telah dilakukan oleh akhbar harian itu seperti mahu berkempen untuk menghapuskan PAS bagi pihak lain.

“Saya percaya Sinar harian edisi Terengganu tidak sebegitu dan mungkin ada tangan-tangan luar lain yang cuba merosakkan hubungan dengan PAS,

“Dan saya sangat menghormati profesion mereka serta sentiasa mengajak mereka dalam mana-mana majlis utama untuk liputan kerana sebelum ini, akhbar Sinar tidak terlalu memihak,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya berkenaan dengan isu berita fitnah dan palsu terhadap Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam akhbar Sinar Harian, pada Isnin, 26 Mac, disini.

Katanya, mana-mana pihak yang tidak puas hati dengan parti PAS bebas untuk mengkritik, namun jangan membuat fitnah dan menulis berita bohong

“kritiklah…….marahlah…….kejilah tetapi jangan memfitnah dan berbohong serta meliar!” tegas ADUN Bukit Payong itu.

“Kita sebagai orang Islam, ada neraca dosa dan pahala didalam perbuatan serta kepada Allah SWT kami serahkan segalanya,” tambah beliau.

Justeru itu, beliau menyeru agar media, baru dan lama, etak dan elektronik termasuk akhbar Sinar Harian, kembali ke landasan sebenar penulisan danpenerbitan berita.