PAS Kemaman Santuni Kaum Tionghua Menjelang Tahun Baru

1754

KEMAMAN – PAS kawasan kemaman menyantuni kaum Tionghua menjelang Tahu Baru Cina yang akan disambut pada Jumaat minggu hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai , YB Haji Hanafiah Mat berkata, semua rakyat berlainan agama dan kaum diraikan sebagai tanda ucapan perayaan dan persahabatan sempena hari kebesaran masi.g-masing.

Beliau berkata, kunjungan Muhibbah’ hantaran kad ucapan dan pemberian buah limau Mandarin adalah pengiktirafan PAS dan penghargaan terhadap kepercayaan dan sokongan mereka kepada Parti Islam Semalaysia (PAS).

“Di samping menyambut Tahun Baru……. mengikut kalendar Cina ini adalah ‘tahun anjing tanah’ dan negara akan menyambut satu lagi perayaan yang akan menentukan nasib rakyat untuk lima tahun yang mendatang,

“pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang akan menjelma selepas tahun Baru Cina adalah satu perayaan rakyat dalam bentuk demokrasi berparlimen,

“dan di sinilah rakyat keseluruhannya akan menikmati kegembiraan sebenar apabila kerajaan yang ‘korup’ dan menyusahkan rakyat dapat ditumbangkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika di temui oleh pihak media, selepas menziarah warga Tionghua sekitar Pasar Borong Dusun Nyior Chukai, pada Rabu 7 Februari, di sini.

Menurutnya, beliau meluangkan masa sejak awal minggu ini untuk bertemu mata dengan kaum yang sentiasa bersama-sama dengan PAS untuk merubah landskap politik negeri dan negara.

“Sebahagian besar kaum Cina menyatakan kebersamaan dengan PAS dan banyak rungutan daripada masyarakat …..tentang Good and Sevice Tax (GST) dan kenaikan harga barang,

“hari ini saja harga ikan Kembung pun dijual pada harga RM20.00 sekilo di Pasar Borong Dusun Nyior,” ujar beliau.

PenolongSetiausaha PAS Terengganu itu menambah, kaum Cina khususnya dan rakyat keseluruhannya hendaklah membuat perubahan secara total agar kerajaan ‘yang merompak harta’ rakyat dapat digantikan, dengan sebuah kerajaan yang adil dan bertimbang rasa serta prihatin terhadap masalah rakyat.

“Kita juga hendaklah bergabung tenaga dengan semua kaum untuk mengeratkan perpaduan demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat,

“masalah GST dan pengangguran serta kos sara hidup akan dapat diselesaikan sekiranya PAS dan Gagasan Rakyat diberi kepercayaan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang akan berlangsung tidak berapa lama selepas Tahun Baru Cina nanti,” kata beliau.