PAS Harap Rumah PPR Terus Dijual Kepada Rakyat

3615

KUALA TERENGGANU – PAS mahu memudahkan urusan rakyat dan berharap kerajaan menjual terus rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada penduduk negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Ustaz Ahmad Shah Mohamed berkata, masih terdapat 79 unit rumah PPR Hiliran yang masih kosong.

“Berkait dengan PPR ini mengikut taklimat yang telah disampai kepada kita oleh pegawai perumahan dan kerajaan tempatan tetapi sekarang kita belum terima detail lagi,

“kita kalau bolehmahu memudahkan kepada rakyat kalau perlu rumah tersebut terus diberi (jual) kepada rakyat kita tak perlu memalui proses yang panjang dan menyusahkan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkara tersebut pada majlis Jamuan Aidilfitri di Waterfront Balik Bukit pada Sabtu, 23 Jun.

Menurutnya, kerajaan mempunyai kewangan yang cukup bagi membina rumah baru sekiranya ia diperlukan oleh rakyat.

“Kerajaan (PAS) akan menyediakan kemudahan (perumahan) kepada rakyat sebagaimana yang dijanjikan dalam Manifesto (PRU14),” jelasnya