PAS Gesa Siasatan Menyeluruh Konspirasi Penipuan Pilihanraya

482
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/sabah-IC-300x202.jpg

hanya kerana mahu mengekalkan kuasa.

Setiausahanya Ustaz Mohd Soud Said [Gambar bawah] berkata, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah melanggar undang-undang dan menyimpang dan fungsi asalnya sebagaimana ia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, apabila mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan kad pengenalan kepada warga asing.

“memang durjana Umno dan BN sanggup menggadai maruah dan kedaulatan negara dan SPR telah melanggar undang-undang serta ‘lari’ dari fungsi asalnya apabila arahkan JPN keluarkan IC kepada warga asing,

“tugas SPR adalah membuat kajian dan persempadanan, menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan menjalankan pilihanraya umum, tidak ada kena mengena dengan pengeluaran kad pengenalan,”ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata demikian ketika memberikan respons terhadap kenyataan Mohd Nasir Sugip, bekas pegawai JPN yang membuat pengakuan kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja (Royal Comission of Inquiry – RCI) mengenai imigrasi di negeri Sabah.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/MSS.jpgBeliau menegaskan, SPR tidak berhak untuk mengarahkan mana-mana pihak agar mengeluarkan kad pengenalan kapada man-mana orang termasuk orang asing seperti orang Filipina di Sabah, atau pun warga Indonesia, Bangladesh dan Maynmar yang menjadi tenaga kerja asing di negara ini

Oleh itu, kata beliau, dengan pengakuan itu bermakna, segala dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan sebelum ini kepada SPR dan JPN berhubung menjadikan orang asing sebagai pengundi adalah benar.

Bahkan, beliau menggesa supaya penyiasatan menyeluruh perlu dibuat keatas SPR dan JPN termasuk dakwaan mengubah demografi pengundi denan menjadikan pngundi luar kawasan mengundi di satu-satu kawasan.

Beliau melahirkan kebimbangan, pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang tidak telus dan bersih kerana pengakuan tersebut juga membuktikan wujudnya konspirasi terancang untuk menipu rakyat.

“kita (pihak JPrNT) khuatir ada konspirasi terancang tersebut berterusan (samada) untuk menjadikan warga asing sebagai pemilih atau memindahkan pengundi,

“atau mengeluarkan IC palsu kepada pengundi suapaya boleh mengundi lebih dari sekali dalam PRU-13 akan datang (semata-mata) bagi memastikan BN terus berkuasa,”jelasnya.

Beliau turut menggesa pihak-pihak terbabit mengambil tindakan segera membersihkan senarai pemilih yang amat diragui kesahihannya, berikutan pengakuan bekas pegawai JPN tersebut.