PAS Ajak Rakyat Berubah Kerana Cintakan Negara

1620

HULU TERENGGANU – PAS mengajak rakyat berubah untuk memilih kerajaan baru pada pilihan raya umum (PRU) yang ke 14 kerana sayang dan cintakan negara.
Hi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, PAS sebagai sebuah parti pembangkang bukan barmakna memuji kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga tinggi melangit sampai tidak boleh tegur dan menasihati kerajaan seandainya buat silap.

“Kalau kita sayang kepada agama, bangsa yang adil dan telus, kita kena pilih betul-betul kerajaan bukan sebagaimana yang kita lihat pada hari ini,

“Apa yang berlaku dalam negara pada hari ini kita harus perbetulkan dan kita lawan Umno BN bukan menganggap mereka adalah musuh…. Tidak….,

“Kerana mereka adalah anak beranak kita….. kawan karib yang disayangi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Markaz Induk PRU ke 14 pada Khamis, 5 April, disini.

Katanya, PAS menggesa kerajaan menyalurkan faedah dan manfaat kekayaan negeri Terengganu kepada saluran yang betul dan kepada rakyat yang memerlukan.

Beliau berkata, sepatutnya negara Malaysia lebih baik kehadapan tetapi malangnya tidak begitu.

“Kita tidak anti kepada pembangunan kerana semua kerajaan atas muka bumi buat…..sehingga kerajaan Cina yang tidak percaya kepada tuhan buat pembangunan,

“Sebab itulah Umno BN tidak boleh mendabik dada bahawa mereka sahaja parti yang buat pembangunan,” tegasnya.

Menurutnya, saban tahun laporan ketua audit negara yang dikeluarkan mencatatkan berlakunya pembaziran dan ketirisan berbilion ringgit duit rakyat.

“Bila kerajaan berbelanja boros dan apabila duit tidak cukup maka Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) dikutip untuk menampung keperluan rakyat,

“ini adalah tidak betul dan merupakan dasar yang silap…. masa belanja mula-mula boros sekarang apabila tidak ada duit maka kutip daripada rakyat dan sebab keutamaannya kekayaan negara dulu,” tambah beliau.

Kata Ustaz Muhammad Khalil lagi, PAS bukan sahaja sebut tentang masalah tetapi mencadangkan jalan penyelesaian dengan cara ‘memberi ubat’ bagi sesuatu penyakit.

Jelasnya, Manifesto PAS menawarkan agar cukai GST yang dikutip daripada rakyat dihapuskan sekiranya PAS diberi mandat untuk memerintah negeri Terengganu pada PRU ke 14 yang akan datang.

“Kita nak ubah tukang yang buat dasar hak ni kena pilih lima tahun sekali dan kalau kita tak pilih betul-betul kali ini kita akan menyesal kerana 5 tahun lagi pula baru boleh memilih semula,” ujarnya.

Justeru PAS mengajak rakyat supaya buat perubahan dalam pada PRU14 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja tidak lama lagi.