PAS Ajak Rakyat Bersama Laksanakan Manifesto

1303

KUALA TERENGGANU – PAS mengajak seluruh rakyat berganding bahu melaksanakan janji manifesto pilihan raya umum lalu dan bersama-sama memajukan negeri Terengganu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Ustaz Ahmad Shah Mohaned berkata, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini gagal menyalurkan hasil royalti petroleum, untuk dinikmat oleh rakyat negeri Terengganu.

“kita mahukan rakyat merasa nikmat dari kemewahan negeri kita yang mana negeri kita dikenali duit Malaysia di mana minyak hasil petroleum yang tinggi,

“kita sepatutnya salur kepada rakyat dan kita dapati bahawa apa yang berlaku sebelum ini walaupun ada pembangunan tetapi rakyat tidak merasai,” ujarya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran sempena kemenangan PAS di Kuala Hiliran pada Selasa 15 Mei.

Oleh itu, beliau telah mengenalpasti beberapa perkara penting yang perlu dilaksanakan untuk rakyat DUN Bandar.

“saya perhati mereka banyak paringkat bagi menyelesaikan masalah mereka…..di peringkat pertengahan kita nak tengok bagaimana pegawai-pegawai kerajaan apa keperluan mereka,

“apa cadangan mereka tentang perkhidmatan merekakita akan baik pulih apa-apa sahaja yang tidak menepati garis panduan kita nak susun balik,” jelasnya.

Sementara itu katanya, beliau akan berusaha bagi memastikan anak-anak muda yang tidak mempunyai pekerjaan akan diberi perhatian.

“kita nak pastikan anak muda kita yang tidak mempunyai wang untuk berniaga, yang tidak punyai tempat bekerja,

“Kita tengok dimana kita nak susun mereka, perancangan jangka pendek dan jangka panjang. inshaAllah kita boleh buat,” jelasnya.

Selain itu, kata Ustaz Ahmad Shah, beliau akan merujuk kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, bagi menambah baik, sistem perparitan dan kebersihan.

“sejauh mana apa yang dirancang itu menepati kehendak sisitem perparitan dalam bandar dan kampong dan kebersihan menjadi utama,

“kebersihan menjadi tempat orang lalu melihat samada mereka lalu di tempat busuk apa yang dah ada, kita teruskan dahulu dan perlu ada penambahbaikkan,” tegasnya.