Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman telah memilih untuk berdiam diri daripada memberikan komen tentang kontroversi berkait soal royalti petroleum kepada negeri-negeri di pantai timur semenanjung.
Lebih menyedihkan, beliau tidak mahu mengulas kerana menurutnya, beliau tidak menerima apa-apa laporan rasmi mengenai perkara itu dan menambah bahawa, beliau sedar isu itu daripada laporan berita media.
“Saya tidak boleh membincangkan apa-apa tentang itu lagi kerana saya tidak mendapat laporan rasmi,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Hari Keluarga Graduan Terengganu (Permata) keluarga di USM, Ahad 28 September.
Akhabr The Sun melaporkan, Kementerian Kewangan telah berkata satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji perkara itu mendapati bahawa Petronas tidak diwajibkan oleh undang-undang untuk membayar royalti minyak kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Ini kerana tiada minyak ditemui “di negeri itu” menurut perjanjian penyelesaian, yang merujuk kepada tanah dan perairan tidak melebihi tiga batu nautika diukur dari garis air surut luar pesisir pantai negeri-negeri tersebut.
Kenyataan akhbar Kementerian itu pada 24 September lau menyatakan, definisi itu dibuat mengikut undang-undang antarabangsa dan domestik.
Jawatankuasa khas telah juga ditugaskan untuk mengkaji sama ada negeri-negeri pantai timur mempunyai hak undang-undang untuk menerima bayaran tunai dari petroleum dan untuk menentukan kaedah pembayaran.


























