Paderi Jerman Letak Jawatan Kerana Penderaan Seksual Kanak-kanak

854

Paderi besar Roman Katolik di Jerman Reinhard Marx, telah menawarkan pengunduran dirinya kepada Ketuanya (Paus)Francis atas “kegagalan institusi dan sistem” dalam menangani skandal seksual dan penderaan kanak-kanak .

Dalam satu kenyataan, Marx mengirim surat pengunduran dirinya kepada Paus pada 21 Mei.

“Pada hakikatnya, bagi saya, ini adalah mengenai berkongsi tanggungjawab untuk bencana penderaan seksual oleh pegawai Gereja selama beberapa dekad yang lalu,” tulis Marx dalam surat itu, menurut kenyataan itu.

Pemeriksaan dan laporan selama 10 tahun terakhir secara konsisten menunjukkan bahawa ada “banyak kesalahan peribadi dan kesalahan pentadbiran,” tetapi “juga kegagalan institusi atau sistemik,” tambah Marx.

Marx mempengerusikan Persidangan Pederi Jerman (DBK) sehingga tahun 2020.

Pada tahun 2018, Gereja Katolik Jerman meminta maaf kepada mangsa penderaan seks kanak-kanak oleh paderi.

Marx memberitahu sidang media di Fulda bahawa siasatan baru-baru ini mendedahkan beratus-ratus kes penderaan seks kanak-kanak.

Siasatan selama empat tahun yang dikeluarkan oleh gereja itu menunjukkan bahawa para pemimpin gereja menutup penderaan seks oleh sekurang-kurangnya 1.670 ulama antara tahun 1946 dan 2014.

Sekurang-kurangnya 3.677 kanak-kanak menjadi mangsa eksploitasi seksual, menurut penyelidikan itu.

AA