BERKAT 3.0; Bantu Ringan Beban Rakyat

756

KUALA TERENGGANU – Program Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu 3.0 (BERKAT 3.0) yang diumumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar adalah satu insiatif yang sangat baik dari kerajaan negeri untuk meringankan beban rakyat .

Penyelaras DUN Bukit Besi, Haji Ghazali Sulaiman berkata, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar dan juga barisan exco yang telah memotong gaji sebulan mereka bagi mengisi tabung bencana Covid-19.

Selain itu, beliau turut berterima kasih juga kepada penjawat awam.

“Satu langkah yg baik sebagai implikasi kepada rakyat bawahan jugak,” ujar beliau.

Namun begitu, katanya, beliau turut terkesan kerana sebahagian besar sektor pertanian di DUN ini sangat terbeban dengan keadaan sekarang.

“Selepas banjir kami baru mula menanam dan baru sahaja bermula dapat hasil tapi ‘lockdown’ pula.

“Sangat terkesan dan bertimpa-timpa masalah bagi para petani.Mereka sangat terkesan dalam situasi ini,”jelasnya

Beliau yang juga Penyelaras DUN Bukit Besi berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini.

Jelasnya lagi, para petani terpaksa redha dalam keperitan ini dan mereka berharap ada insiatif lain untuk membantu rakyat yang terjejas.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Exco yang mengambil cakna perkara ini.