Orang Cina Tolak MCA

13106

KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu menyifatkan parti MCA telah ditolak oleh masyarakat Cina berikutan keputusan pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highland.

Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu Jeffri Chua berkata, MCA hanya meraih 120 undi untuk Barisan Nasional (BN) berbanding sokongan kaum Cina sebanyak 7216 undi kepada Pakatan Harapan (PH).

“MCA sudah di tolak oleh kaum Cina hanya satu peratus orang Cina yang mengundi BN dalam PRK Cameron Highland.

“82 peratus orang Cina sokong PH, sokong DAP,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam 28 Januari sebagai maklum balas kepada kemenangan BN pada PRK kelima selepas PRU14, Sabtu lalu.

Oleh itu, Jeffri yang juga Pengerusi MPKK Kampung Cina menyeru agar orang- orang Cina Terengganu memberi sokongan penuh pada DHPP dan kerajaan PAS negeri Terengganu.

“Marilah bersama DHPP untuk memperjuangkan hak bukan Islam juga sebab PAS adil untuk semua.

“Lagipun DHPP ada Jefri Chua yg sentiasa menolong kaum Cina,” tegas beliau.

Menurutnya, mana-mana orang Cina Kuala Terengganu boleh berurusan seawal jam 7.00 pagi pada setiap hari di kaunter khidmat MPKK Kampung Cina yang dibuka di pasar pagi Kampung Tiong.

“Saya memberi perkhidmatan 100 peratus kepada mereka, ada yang berpuas hati dengan ‘pejabat bergerak’ yang saya buka setiap pagi di pasar pagi Kampung Tiong untuk kemudahan (rakyat) di bandar.

Saya wakil kerajaan di sini bagi perkhidmatan semaksimum mungkin kepada masyarakat Bandar khususnya Parlimen Kuala Terengganu,” tambah beliau.