Oleh : NHI
KUALA TERENGGANU – PAS mengalu-alukan penubuhan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dapat memberikan tumpuan kepada pelbagai bidang, sebagai satu ‘platform’ untuk beramal dan melaksanakan kerja-kerja kebajikan yang menjadi bekalan di akhirat nanti.


“Di akhirat kelak (maksud hadis) Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal terhadap empat perkara. Mengenai umurnya, di manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia peroleh dan ke manakah dia belanjakan? Dan tubuh badannya, apakah yang sudah dia perbuat?”
“Kadang-kadang kita tak ada satu platform untuk kita sama-ama beramal untuk sama-sama berkongsi melakukan kerja-kerja kebajikan…….AlhamduliLlah saya ucapkan syabas dengan penubuhan (We Care Marang), sebuah NGO yang dikelolakan oleh Muslimat,”ujarnya.
Ketika merasmikan penubuhannya, beliau berbesar hati sekiranya ada sebuah NGO yang dapat memberikan tumpuan kepada masalah sosial yang dialami oleh golongan muda dan wanita.


“itu antara permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat yang kita rasa NGO seperti ini turut membantu dalam permasalahan……..khususnya yang melibatkan akhlak……hatta yang melibatkan golongan remaemaja (di kalangan) wanita sendiri,
“(alangkah baiknya) kalau lah ada NGO yang Antara peranan sesebuah NGO yang memberi fokus dalam membentuk kembali permasalahan akhlak remaja, yang kekadang bukan dari kalangan (mereka) yang tercicir dari segi pendidikan,”jelas beliau.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu selaku Pengerusi Lujnah Demokrasi dan Mobilisasi (DEMI) Haji Yahaya Ali, Ketua Penerangan Ustaz Mohd Nor Hamzah, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu Hajah Zarani Othman dan Pengerusi ‘We Care’ Puan Raihani Ibrahim.
Lebih 200 orang sukarelawan dan para dermawan hadir pada majlis makan malam sambil menderma yang dianjurkan sempena penubuhan ‘We Care’ Marang, di sebuah ‘resort’ dekat sini pada Sabtu 24 Januari.


Selain membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini, ‘We Care’ turut mengadakan Misi Korban dan Kemanusiaan ke Kemboja pada April tahun ini.
Katanya, ‘We Care’ bekerjasama dengan semua pihak bagi melebarkan usha-usaha kebajikan termasuk dengan syarikat pelancongan Mubarak Travel & Tours dan sebuah stesyen televiseyen tempatan.
“Program (Misi) ke Kemboja ini selama empat hari begitu padat. Inilah peluang kami berjumpa mereka secara langsung dan menyumbang walau sedikit.
“Misi kali ini (tahun ini) kita akan fokus pada pembinaan telaga, jamuan dan sukan rakyat, rawatan syifa’ dan mengajar anak perempuan di sana bersolat tanpa telekung,” ujar Puan Raihani.


Menurut beliau, selaku orang Islam, betapa kuat pun sesebuah NGO itu, ia tidak akan mencapai matlamatnya, sekiranya tidak kembali kembali dan berjuang bersama Islam.
“bercakap tentang soal memperkuatkan masyarakat…….kita mempunyai (ruang) yang terlalu luas untuk diterokai dan boleh menghubungkan perjuangan kita dengan masyarakat,
“membina masyarakat bukan sahaja bercakap soal ilmu, tetapi soal kebajikan yang menjadi mukaddimah hubungan kita dengan masyarakat supaya akhirnya mereka bersama-sama dengan perjuangan Islam,”katanya.




























