Ikhwan lantik Jurucakap Baru

743

Gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir pada hari Sabtu menamakan Mohamed Montasser seorang daripada ahlinya sebagai jurucakap yang baru, yang pertama sejak penyingkiran Presiden Mohamed Morsi dipilih pada bulan Julai 2013.

Gehad el-HaddadIkhwan, dalam satu kenyataan di laman webnya menyatakan bahawa jurucakap yang baru akan bertanggungjawab untuk menyatakan pandangan gerakan mengenai semua isu.

Bekas jurucakap Ikhwan Muslimin, Mahmoud Ghozlan, telah hilang tidak lama selepas polis Mesir mengusir para demonstran di kem bantahan Morsi di Kaherah dan Giza pada bulan Ogos 2013.

Dua jurucakap lain, iaitu Jehad al-Haddad [Gambar kanan] dan Mohamed Aref telah ditangkap oleh polis Mesir dan dituduh menyertai gerakan yang diharamkan.

Ikhwanul Muslimin telah diisytiharkan sebagai “organisasi pengganas” oleh kerajaan tentera al-Sisi Mesir pada bulan Disember 2013.