Muslimat PAS Susun Gerak Kerja Isi Kemenangan

1602

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Negeri ini sedang menyusun gerak kerja untuk mengisi kemenangan yang dianugerahkan Allah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu.

Ketuanya, Hajah Zarani Othman berkata, ianya bagi memartabatkan syariat Allah Taala dan memasyarakatkan PAS kepada seluruh Negeri Terengganu.

“Saya mengharapkan dengan program yang kita susun bermula pada bulan Julai ini akan dapat memperhebatkan lagi kesedaran masyarakat kita kearah penghayatan Islam yang sebenar,

“dan begitu juga kearah memartabatkan serta menobatkan Syariat Allah SWT di Negeri Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di temui pihak media pada sambutan rumah terbuka Aidilfitri kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Buruk hari Selasa, 19 Jun.

Sehubungan dengan itu katanya, beliau mengharapkan sempena Syawal dapat merapatkan hubungan seluruh golongan tak kira daripada politik mana samada daripada kalangan rakyat biasa dan sehinggalah kepada kepimpinan.

“Setelah kita melalui Ramadhan dan PRU ke-14 baru-baru ini insya Allah segala-galanya kita jadikan sebagai tempat untuk memperkukuhkan hubungan,

“di antara kita dalam membina negeri maju berkat dan sejahtera,” ujarnya.