Muslimat Mesti Berdaya Saing Hadapi Pesaing

1608

Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN – Muslimat PAS Terengganu mestilah mampu berdaya saing di dalam menghadapi pesaing-pesaing politik yang bercita-cita untuk menguasai negeri ini.

Ini disuarakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun (DMPKD), Hajah Khairiah Mokti, memandangkan parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Umno sudah mengatur strategi untuk merampas Terengganu di Pilihan Raya Umum (PRU) 15 nanti.

“Muslimat mestilah menyiapkan diri dengan maklumat dan mampu menerangkannya kepada sasaran agar mereka tahu apa yang kerajaan PAS buat untuk kesejahteraan mereka, ” jelasnya.

Juara Kategori Muslimat, Norbiayana Abdul Wahab menerima hadiah kemenangan daripada Hajah Khairiah Mokhti

Khairiah melahirkan harapan tersebut ketika dijemput merasmikan Pertandingan Pidato Gema Wawasan Peringkat Kawasan Dungun di Bangunan KAFA Masjid Lama Kampung Sura di sini pada semalam, 13 Disember.

Peserta bergambar bersama AJK DMPKD

Beliau berkata peserta-peserta yang menyertai pertandingan pidato tersebut akan sentiasa digilap dengan turut terlibat bersama Dewan Muslimat turun ke cawangan-cawangan, menyampaikan tazkirah-tazkirah dan ceramah-ceramah kelompok.

“Kita nak pemidato-pemidato ini dijadikan sebagai  tenaga kita, menjadi ‘speaker’ di kampung-kampung, ‘speaker’ kita di DUN-DUN,” ujarnya lagi, di majlis anjuran Lajnah Penerangan dan Hubungan Media (LPHM), DMPKD.

Juara Kategori Ameerah, Nurul Faqehah Dzulkefli

Pada pertandingan tersebut Norhasbiayana binti Abdul Wahab telah diumumkan sebagai Juara Pidato Kategori Muslimat manakala Nurul Faqehah Dzulkefli dinobatkan sebagai Juara Kategori Ameerah.

Mereka berdua akan mewakili Dungun ke pertandingan akhir peringkat negeri yang dianjurkan oleh LPHM, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) dan akan diadakan hujung tahun ini.