Muslimat Mengorak Langkah PRU15

1461

KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS Terengganu mengorak langkah menjangkaui empat tahun ke hadapan, membina hala tuju siap siaga menghadai pilihan raya umum ke-15.

Ketuanya Hajah Zarani Othman berkata, pelan strategik yang dirangka bagi memastikan kerajaan PAS kekal memerintah negeri.

“Kita merancang pelan tindakan awal agar semua maklumat tentang pelaksanan manifesto sampai dengan berkesan kepada rakyat,

“Pengalaman pemerintahan tahun 1999-2004, walaupun banyak projek dan program kerajaan, namun tidak sampai maklumatnya kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Simulasi Penerangan Dan Media, pada Khamis, 22 November.

Sehubungan itu, Ketua Penerangannya Maznah Muftahuddin berharap semua annggota Muslimat dan Ameerah agar sentiasa bersiap siaga bagi memikul amanah yang bertambah.

“Sebelum PRU14 kita bekerja untuk menang dan memerintah negeri,

“Sekarang, sehingga PRU Ke-15, kita perlu meningkatkan usaha untuk mengekalkan kemenangan, yang lebih sukar,” tegasnya