Oleh : Rohayati Ripin (2R)
KUALA TERENGGANU – Muslimat PAS DUN Bandar akan terus bekerja keras bagi mengisi dan mempertahankan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 baru-baru ini akan berterusan sampai bila-bila.
Ketuanya, Hajah Rahimah Muda berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk DUN Bandar kerana telah memberi sokongan yang padu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Ustaz Ahmad Shah Mohamed yang kini telah menjadi ADUN Bandar.
“Kami di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada awalnya memastikan semua organisasi di peringkat DUN dan Unit Peti Undi (UPU) serta cawangan dalam keadaan yang mantap dalam mengisi kemenangan,
“dan petugas-petugas terus setia untuk menjalankan amanah yang di berikan sepertimana sebelum kita menang,” katanya.


Katanya, sebelum pilihan raya yang lalu para petugas sudah bekerja keras dan saling membantu untuk mencapai kemenangan seperti pada hari ini.
“Kami meneruskan juga selepas kemenangan dalam mengisi kemenangan dengan mendampingi masyarakat di DUN supaya mereka memberi sokongan kepada PAS,
“dan ini atas kefahaman untuk memastikan Islam berdaulat di DUN dan juga Negeri Terengganu,
“serta pada peringkat awal kami cuba membawa dalam gerak kerja kami yang pertama dengan mengatur jadual YB Bandar ini bersama masyarakat di setiap kampung di dalam DUN dalam mengisi program-program,” ujarnya.
Menurutnya, antara agenda YB dengan masyarakat ialah kampung samada majlis gotong royong , majlis ilmu, majlis santun antara masyarakakat, ziarah dan juga bersama dengan pemuda dan pemudi di peringkat UPU.


“dan mereka merasa tidak asing dengan YB serta dapat menjelaskan apa yang berlaku dalam kampung mereka,
“samada dalam masalah perparitan ke … masalah smpah sarap ke… ataupun masalah rumah persekitaran yang kurang menyenangkan,” tambahnya.
Selain daripada itu, beliau mengajak sama-sama berada supaya masyarakat memahami Islam secara menyeluruh dan bersatu padu dalam memberi sokongan pada PAS di Negeri Terengganu.




























