Oleh : Adli Mohamad.
DUNGUN – Muslimat PAS Bukit Besi mahu bergerak lebih efisien dalam mengatur program-program untuk turun terus ke lapangan.
Ketuanya Zakiah Alias berkata, dalam usaha mempromosikan PAS, muslima tidak boleh terus berada didalam kelompok sendiri dan perlu mendampingi wanita lain samada yang bergiat dalam parti atau berkerjaya,
“misi kita untuk memperlihatkan kepada mereka akan kesungguhan PAS dalam membela kaum muslimat, dan ianya termasuklah ibu-ibu tunggal yang ada didalam DUN Bukit Besi ini.
“kita telah pun menjadi kerajaan, dan ini masanya untuk kita sampaikan segala polisi kerajaan PAS Negeri Terengganu untuk diperlihatkan kepada wanita-wanita di luar sana,” jelas beliau ketika ditemui pihak media, di sini, semalam.
Sehubungan itu, beliau turut memberi peringatan, agar kejayaan PAS di Negeri Terengganu tidak melalaikan dan menghilangkan fokus Muslimat.
“Sekarang ini kita lihat, ramai yang sudah bercakap tentang projek, tentang tanah dan sebagainya.
“Ianya tidak salah, namun kita takut dan bimbang takut segala aspek tarbiyyah, aktiviti parti, sudah tidak kita sertai. Kerna terlalu leka, sehingga hilang pertimbangan diantara duniawi dan ukharawi,” tegasnya.
Namun begitu, beliau berkata, tiada salah untuk mengejar projek dan mengambil manafaat dari kerajaan negeri, asalkan ianya bukan peribadi.
“Kena fikir tentang parti, dimana PAS memerlukan banyak dana untuk mengerakkan pelbagai program dan aktiviti yang bermanafaat bagi disertai masyarakat sebagaimana sebelum-sebelum ini.
“Matlamat dan dasar PAS jangan dilupai, jangan kerana berada pada zon kemenangan, sepatutnya mencari jalan untuk memanafaatkan Islam kita kesampingkan, akhirnya mengundang kemungkaran Allah kerana gagal dalam menerima ujian kemenangan,” tambah beliau.