Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat Negeri akan menganjurkan pertandingan pidato peringkat negeri bertemakan ‘Gema Wawasan.
Ketua Penerangannya Hajah Maznah Maftahuddin berkata, program tersebut bertujuan menampilkan bakat-bakat berpidato di kalangan generasi muda.
“Dan (dikalangan) wanita yang diharapkan dapat menyebarkan kefahaman kepada rakyat seluruhnya.
“serta menjadikan wanita berani ke hadapan dan menjadi ejen penyampai melalui medan yang disediakan bagi menyuarakan hasrat dan inspirasi kerajaan dan rakyat,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada hari ini, semalam 11 Disember.
Katanya, program pidato adalah untuk menyebar luaskan dasar dan prinsip kerajaan dalam merealisasikan konsep
Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera.


Antaranya, Kestabilan ekonomi memacu Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera, Peranan ulama dan umarak pemangkin kearah Terengganu Maju Berkat dan Sejahtera, Kemandirian rakyat membentuk Terengganu Maju Berkat dan Sejatera, Pentadbiran yang berintegriti merealisasikan Terengganu maju Berkat dan Sejahtera dan Wanita perintis Terengganu Maju Berkat Sejahtera.
Tambah Hajah Maznah, terdapat dua kategori peserta adalah terdiri daripada wanita sahaja berumur 18 tahun hingga 30 tahun dan 31 tahun sehingga 50 tahun.
Sehubungan dengan itu, Timbalan Pengarah Penerangan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Haji Sazali Mohd Noor berkata, terdapat dua faktor untuk memastikan kejayaan.
“Dalam penerangan muslimat yang pertama keinginan dan kemahuan serta yang kedua (adalah) kesungguhan.
“Kalau tidak ada kemahuan semua perkara yang kita nak buat tidak ada kecemerlangan,” jelasnya.
Oleh itu, beliau berharap para petugas penerangan muslimat perlu meletakkan keinginan yang tinggi dalam diri masing-masing bagi memastikan semua rancangan dapat dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.





























