Oleh : Adli Mohamad.
DUNGUN – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Besi akan bawa isu permasalahan tanah Cakuh Sembilan yang dirampas oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu kepada pihak Exco Kerajaan Negeri.
Timbalan Pengarahnya Naraza Muda berkata, masalah yang timbul apabila rata-rata dikalangan penduduk setempat mendakwa tanah itu telah dimiliki Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT).
“(Ianya) untuk melihat ruang yang ada bagi memberi peluang kepada rakyat. Khasnya mereka yang sudah menerokai tanah ini (sebelumnya),” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika temui mengulas isu tanah berkenaan yang dibangkitkan penduduk Felda Jerangau, baru-baru ini.
Menurut Naraza, adalah satu usaha dan sekiranya selesai, merupakan kejayaan yang akan melegakan rakyat khususnya dalam DUN terbabit.
“Ianya (pasti menjadi) satu perkara yang sangat mengembirakan (jika dapat diselesaikan) mereka yang terbabit (yang meneroka tanah itu), ” jelasnya.