Mohon Bersabar, Beri Ruang Kepada PAS

8801

DUNGUN – Para pengundi yang telah memberi sokongan padu kepada Parti Islam SeMalaysia(PAS) dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) diminta bersabar memberi sedikt ruang untuk kerajaan PAS Terengganu menunaikan janji.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, YB Cikgu Alias Harun, berkata, kerajaan PAS Terengganu sedaya upaya sedang berusaha melaksanakan janji-janji manifesto.

“yang (telah) ditularkan di media-media sosial untuk dilaksanakan…….Cuma sekarang ini baru masuk… sabar untuk kita mengambil langkah mengumum, menyusun, merancang, merencana,

“segala apa yang kita nak laksanakan ini dapat memenuhi citarasa masyarakat”, tambah Ketua Penerangan PAS Dungun itu lagi.

Cikgu Alias berkata demikian pada Majlis Jamuan Kesyukuran dan Sambutan Aidilfitri Parlimen Dungun di Arena Square pada 7 Julai, di sini.

Beliau juga berterimakasih  diberi kepercayaan oleh masyarakat Dungun dan Rantau Abang untuk memerintah Terengganu.

“apa yang kita rancang, dapat kita laksanakan dengan baik dengan izin Allah……tetapi kejayaan kita serah kepada Allah…Mudah-mudahan kejayaan ini menjadi satu tanggungjawab,’ tambah beliau.