Misteri Pekerja Nepal Kilang Eastern Steel

11441

KEMAMAN – Walaupun kilang Eastern Steel sudah hampir setahun tidak beroperasi atau mengeluarkan sebarang produk, namun pekerja asing Nepal tetap di bawa masuk.

“Mula-mula empat orang, lepas tu koho bertambah jadi 20 lebih sekarang ini….dengar kata ada 30 orang lagi akan mari.

“Nepal yang di bawa masuk ini akan bekerja sebagai ‘admin’ atau ‘security’,” kata seorang pekerja tempatan yang enggan di kenali.

Seorang pekerja Nepal yang gagal memahami bahasa Melayu pula memberitahu sudah 50 hari masuk untuk bekerja di sini.

ADUN Chukai, YB Haji Hanafiah Mat yang bersama dalam kunjungan ke Kilang Eastern Steel tersebut turut mempersoalkan polisi kerajaan negeri Terengganu mengenai buruh asing.

“Walaupun dia (kerajaan) kata ada polisi, nampaknya mereka sendiri tidak patuh….ambil Nepal, orang kita tiada kerja.

“Pelik sungguh, kilang tidak beroperasi, namun pekerja asing tetap di bawa masuk,” ujarnya.

Haji Hanafiah juga dimaklumkan bahawa masih ada 300 orang pekerja tempatan yang masih bekerja tanpa masalah gaji walaupun kilang sudah setahun tidak mengeluarkan produk atau beroperasi.

Semasa beroperasi dahulu pun seramai 600 pekerja Nepal terlibat dalam bahagian pengeluaran di kilang ini dan tradisi itu masih diteruskan walaupun tidak beroperasi.