Oleh : Rohayati Ripin (RR)
BESUT – Muslimat PAS Kawasan Besut diseru agar membuat tugasan bagi melaksanakan misi dalam menggerakkan jentera kerajaan samaada di J3K ataupun apa-apa unit yang di tubuhkan oleh kerajaan Negeri Terengganu.
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, mereka mengatur program supaya rakyat kembali memberi sokongan dan kepercayaan kepada Parti Islam Semalaysia (PAS).
Dan katanya, dalam suasana sekarang rakyat telah menolak Barisan Nasional (BN) dan membuat penilaian kepada parti Pakatan Harapan (PH) yang baru mengambil alih pemerintahan pusat.


“dan sumbangan yang telah dilakukan oleh muslimat sepanjang Pilihan Raya Umum(PRU) ke -14 baru-baru ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Jamuan Hari Raya Dewan Muslimat PAS Kawasan Besut di Dewan Haji Salleh, Alor Lintah pada Jumaat, 6 Julai.
Katanya, walaupun belum sampai tahap memenangi semua kerusi yang dipertandingkan tapi dengan kemenangan di DUN N.02 Kota Putera dapat menubuhkan satu kerajaan di Negeri Terengganu mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN).
“Jadi sehubungan dengan itu,kita gunakan peluang yang ada ini untuk kita sama-sama mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita,” katanya.





























